Pempengaruh media sosial dan usahawan, Ayunie, mendedahkan perbuatan khianat pembantu rumahnya menerusi satu hantaran video di TikTok baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayunie Alami Kejadian Aneh, Makanan Sampai Ke Rumah Tanpa Dipesan – ‘Takut Orang Hantar Yang Bukan-Bukan’

Bibik guna ilmu hitam, pakai tangkal?

@ayunieso24

Kesal betul aku dengan bibik 😭😭😭😭

♬ Criminals – F.O.O.L

Menerusi video tersebut, Ayunie meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap tindakan pembantu rumahnya itu. 

Sedangkan selama ini dia mempercayai wanita itu untuk menjaga ahli keluarga. Namun siapa sangka, di sebalik kepercayaannya, individu tersebut telah melakukan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatannya. 

Rupanya selama ini kau dera Maryam, kau curi barang kemas aku, kau ambil duit.

Lebih mengejutkan, Ayunie turut mendedahkan bahawa pembantu rumahnya itu didakwa mengamalkan perbuatan syirik.

Kau main ilmu hitam!!! Malam ini Allah tunjuk.

Dia pengamal ilmu hitam, ada tangkal dekat badan dia.

Curi emas, duit RM10K

Manakala menerusi hantaran terbaharu di Instagram Stories, wanita itu mengaku telah mencuri wang dan emas milik Ayunie. Kata pembantu rumah tersebut, barang yang dicuri diberikan kepada rakannya untuk disimpan.

Duit tu saya ambil dalam laci bilik masa ibu dan bapak tiada di rumah.

Emas itu dekat rumah kawan saya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Ayunie sekeluarga.

Ramai yang mendoakan agar urusan usahawan itu dipermudahkan dan keluarga mereka dilindungi daripada sebarang gangguan mistik dan orang yang berniat jahat.

Sebelum ini, Ayunie pernah berkongsi bahawa dia beberapa kali menerima bungkusan makanan tanpa mengetahui siapa pengirimnya. 

Lebih membingungkan, ada juga pesanan yang tertera dengan nama pembantu rumahnya, namun apabila ditanya, wanita berkenaan memaklumkan bahawa bungkusan tersebut bukan miliknya.

Mengaku curi

Sumber: TikTok Ayunieso