
Penyanyi, Haqiem Rusli dianugerahkan Sijil Pengiktirafan Anugerah Emas RIM sebagai tanda kejayaan komersial selepas lagu ‘Mimpi’ meraih pendapatan melebihi RM100,000 melalui penstriman digital.
Artikel Berkaitan: ‘Perkahwinan Buang Sikap Toksik, Ajar Saya Jadi Lebih Matang’ – Haqiem Rusli
Artikel Berkaitan: Haqiem Rusli ‘Promote’ Adik Ipar – ‘Single, Nak Kenal Roger’
Pengiktirafan yang dihormati

Majlis penyampaian anugerah tersebut berlangsung di Ibu Pejabat RIM, Solaris Mont’ Kiara. Pendapatan yang diperoleh daripada single ‘Mimpi’ telah disahkan oleh RIM berdasarkan data sah berkaitan muat turun serta penstriman audio dan video di platform digital.
Penganugerahan ini mencerminkan sokongan berterusan peminat terhadap rakaman muzik tempatan di Malaysia dan serantau.
Lagu ini dihasilkan hasil kerjasama Haqiem Rusli dan penerbit drama ternama, iaitu Dato’ A. Aida, serta diterbitkan oleh FMC Music.
Single ini dilancarkan secara digital pada 15 Disember 2020 yang lalu, dan video muzik rasmi dimuat naik ke YouTube pada 7 Januari 2021.
RIM sentiasa gembira untuk mengiktiraf artis dan label muzik Malaysia yang berjaya mencapai kejayaan komersial yang membanggakan.
Pensijilan yang diberikan kepada ‘Mimpi’ membuktikan penerimaan dan sokongan kukuh terhadap rakaman muzik tempatan, bukan sahaja dari kalangan rakyat Malaysia, bahkan peminat muzik di luar negara.
RIM mengucapkan tahniah kepada Haqiem Rusli dan FMC Music atas kreativiti serta dedikasi mereka dalam mencapai kejayaan yang membanggakan ini.
Saya berasa amat terhormat menerima pengiktirafan ini daripada RIM.
‘Mimpi’ adalah lagu yang istimewa buat saya, dan saya amat bersyukur atas sokongan daripada FMC Music, pasukan saya, dan semua yang telah mendengar lagu ini.
Pengurus PR FMC Music menyatakan bahawa FMC Music amat berbesar hati dalam menerima pengiktirafan ini daripada RIM.
FMC Music amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini daripada RIM.
‘Mimpi’ adalah karya yang lahir daripada jiwa dan dedikasi Haqiem bersama pasukan, dan anugerah ini menjadi lambang bahawa setiap nota dan liriknya telah menyentuh hati pendengar.
Sijil Pengiktirafan Anugerah Jualan RIM merupakan pengiktirafan yang dihormati dan dipercayai bagi kejayaan komersial single dan album yang dikeluarkan oleh ahli-ahli RIM.
Antara penerima terdahulu sijil ini termasuk Fazura, yang album pertamanya, ‘Fazura’ dengan memperoleh pensijilan Platinum/ Emas pada tahun 2017.
Seterusnya, MOJO, dengan single ‘Andaiku Bercinta Lagi’ dianugerahkan 5X Platinum pada 2013, serta Dato’ Sri Siti Nurhaliza, yang pelbagai albumnya disijilkan Platinum sepanjang tahun 2000-an.








