![[VIDEO] Hazwani Helmi Perjelas Isu Guna iPhone Di ABPBH 37 – ‘Sebenarnya Ia Pemberian Orang’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/befunky_2025-11-1_14-14-35.jpg)
Aktivis kemanusiaan dan juga pelakon, Hazwani Helmi tampil menjelaskan tentang isu telefon pintar berjenama iPhone yang digunakan semasa malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABPBH37) baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Tak Tunggang Isu Gaza – ‘Lagu Itu Dicipta Sebelum Kami Tahu Tentang GSF’
Artikel Berkaitan: Heliza & Hazwani Helmi Tampil Dengan Single ‘Mengukir Takdir’, Papar Realiti Perjuangan & Harapan
Penjelasan Hazwani
Menurusi video yang dimuat naik semula, Hazwani atau nama lengkapnya Nur Hazwani Afiqah Helmi, 28, memaklumkan bahawa telefon pintar berkenaan adalah pemberian seseorang kepadanya.
Menurut Hazwani, peranti tersebut mempunyai perisian serta ruang memori yang baik dan sangat sesuai digunakan untuk membuat kandungan video.
Sebenarnya iPhone itu adalah pemberian orang dan saya tidak menyangka ia menjadi isu yang besar. Tujuan saya memakainya adalah untuk meraikan.
Telefon tersebut mempunyai ruang penyimpanan yang lebih besar. Saya menyunting semua video sendiri, jadi ia memudahkan urusan memuat naik hantaran dan kerja-kerja suntingan.
Hazwani turut menegaskan bahawa dia pastinya akan memilih jenama lain andai ia mempunyai ciri yang setanding telefon bimbit berkenaan.
Kalau ada perisian sebagus ini semestinya saya akan memilih produk lokal atau telefon lain berbanding dengan telefon ini.
Jangan tangkap muat
Dalam masa yang sama, adik kepada selebriti Heliza Helmi itu turut mendedahkan bahawa sumbangan dana kepada rejim Israel tidak hanya daripada satu jenama tertentu sahaja malah berkemungkinan melibatkan pelbagai syarikat dan entiti lain.
Apa yang terbaharu ingin saya kongsikan, sistem android juga merupakan antara penyumbang besar, dianggarkan sekitar 70 peratus.
Perkara ini tidak boleh dibuat kesimpulan secara tangkap muat dan memerlukan perbincangan yang lebih menyeluruh kerana ia di luar bidang kepakaran saya.
Mungkin isu ini boleh dijadikan satu kajian baharu.
Terdahulu, Hazwani dihujani dengan kecaman daripada warganet susulan menggunakan iPhone model terbaharu ketika menghadiri ke anugerah tersebut.
Rata-rata warganet mempersoalkan tindakannya yang didakwa tidak selari dengan perjuangan menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla susulan jenama telefon berkenaan didakwa antara penyumbang kepada Israel.
Sumber: Facebook






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

