
Kewangan yang stabil merupakan asas penting dalam kehidupan seharian kerana ia mempengaruhi kemampuan seseorang untuk mencapai matlamat hidup.
Tanpa pengurusan kewangan yang baik, seseorang akan mudah terjerumus ke dalam tekanan ekonomi, hutang yang membebankan dan kesukaran memenuhi keperluan asas.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Komitmen Bulanan Cecah RM35k, Dr Say Dedah Beban Kewangan Sebenar Di Sebalik Gaya Hidup
Artikel Berkaitan: Berazam Nak Langsaikan Semua Hutang Sempena Ramadan? Nah, Cara Mudah Untuk Bebas Hutang
Lima amalan terbaik

1.Dahulukan simpanan sebelum belanja
Simpanan haruslah dianggap sebagai komitmen dan bukan sebagai pilihan. Oleh itu, amalan terbaik ialah mengasingkan wang simpanan sebaik sahaja menerima gaji.
Menerusi cara ini, anda melatih diri untuk hidup mengikut baki wang yang ada selepas simpanan dibuat, sekali gus membantu mengawal perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran. Disiplin ini juga menjadikan simpanan satu rutin yang konsisten.
2.Tahu Ke Mana Duit Pergi
Menyemak perbelanjaan setiap bulan bukanlah tanda kedekut, sebaliknya satu langkah bijak untuk mengawal kewangan dengan lebih teratur.
Hakikatnya, ramai individu yang gagal menyimpan wang bukan kerana pendapatan tidak mencukupi, tetapi kerana tidak menyedari ke mana wang mereka dibelanjakan.
Tindakan menyemak perbelanjaan secara konsisten dapat mengenal pasti corak perbelanjaan, membezakan antara keperluan dan kehendak, serta mengambil tindakan untuk mengurangkan pembaziran
3. Ada matlamat yang jelas
Simpanan wang bukan hanya semata-mata kerana mahu mengikut trend tetapi mestilah mempunyai matlamat. Hal ini kerana, matlamat akan membuatkan anda lebih konsisten untuk menabung.
Sebagai contoh, tanamkan matlamat anda menyimpan wang untuk mendirikan rumah tangga, beli rumah atau persediaan dana kecemasan.
Ia berfungsi sebagai motivasi yang mendorong seseorang untuk menabung secara konsisten. Apabila matlamat ditetapkan, anda lebih sedar mengapa wang perlu disimpan dan sanggup mengawal perbelanjaan demi mencapai matlamat.
4. Kawal gaya hidup, bukan ikut nafsu
Bagi merealisasikan simpanan menyimpan wang, anda perlu tahu membezakan antara keperluan dengan kehendak.
Dahulukan keperluan berbanding kehendak kerana tidak semua benda perlu ‘reward’ untuk diri anda. Tindakan ini boleh mengubah banyak perkara dan yang paling penting perbelanjaan harian dapat dikurangkan.
Jika terlalu kerap memenuhi kehendak, perbelanjaan akan meningkat tanpa disedari dan akhirnya menjejaskan simpanan.
5. Ada perlindungan kewangan
Malang dan kemalangan tidak dapat dijangka, jadi amat penting untuk anda mengasingkan sejumlah wang setiap bulan sebagai simpanan kecemasan.
Simpanan ini berfungsi sebagai perlindungan kewangan agar anda tidak perlu berhutang atau menggunakan simpanan utama apabila berdepan situasi tidak dijangka.
Selain itu, simpanan kecemasan juga membantu memastikan kestabilan kehidupan harian tidak terjejas walaupun berlakunya musibah.
Sumber: TikTok Bijak Kewangan








