Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril mencuri perhatian netizen apabila mendedahkan komitmen bulanannya yang mencecah RM35,000.

Artikel Berkaitan: Dr Say Dibayar RM10,000 Untuk Hadir Di Majlis Selama 4 Jam – ‘Sebagai Content Creator, Kita Kena Tahu Nilai Diri Kita’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Boleh Ke Seorang Bapa Jaga Anaknya Sendiri? Saya Nak Juga Dipanggil Berbelas Kali Daddy’ – Dr Say

Komitnen bulanan RM35,000

@prubsn_stars “Betul ke cukup apa yang kita ada sekarang?” Dr. Say buka cerita — dari sudut pandang seorang doktor — pasal financial stability dan komitmen bulanan. Real, jujur, dan sangat membuka mata. Kalau anda pernah tanya diri sendiri soalan ni, you need to watch this. . . #prubsn #prubsnstars #takaful #drsay #perlindungan #protection ##JomBorakWithDrSay #RealTalk #PlanUntukMasaDepan #fyp ? original sound – PruBSN Stars

Menerusi satu temu bual bersama PruBSN, Dr Say berkongsi secara terbuka mengenai pecahan perbelanjaan bulanannya yang merangkumi sewa rumah, bayaran pinjaman kereta, nafkah isteri, perbelanjaan anak-anak dan keperluan lain yang berkaitan.

Komitmen bulanan saya RM35,000, yuran sekolah anak RM6,000, sewa rumah RM5,500, gaji pengurus RM5,000, kereta Jaguar RM5,000, kereta Alphard RM2,500, nafkah isteri RM2,000, gaji pembantu rumah RM1,700, takaful RM1,000, ASB Loan RM1,000, gym RM1,000 dan bil-bil lain RM1,000.

Dalam pada itu, Dr Say akui setiap individu berdepan cabaran kewangan dalam meneruskan kelangsungan hidup, khususnya apabila tidak lagi bergantung kepada pekerjaan yang mempunyai pendapatan tetap.

Saya bersetuju jika seseorang doktor masih berkhidmat di sektor kerajaan, memang stabiliti kewangan itu ada. Sebab tiap-tiap bulan gaji akan masuk.

Tapi saya dah berhenti dari sektor kerajaan pada 2017 dan sejak daripada itu saya bekerja 24 jam. Tak ada stabiliti duit akan masuk setiap bulan, jadi komitmen inilah yang menjadi penentu.

Menjawab soalan pengacara mengenai sama ada pendapatannya kini mencukupi atau tidak, Dr Say menjelaskan bahawa kecukupan itu bergantung kepada perspektif masing-masing.

Hal ini kerana, keperluan dan tanggungan seseorang berbeza-beza. Baginya, jumlah bukanlah ukuran sebenar, sebaliknya ketenangan jiwa jauh lebih penting.

Bila tanya saya cukup ke tidak? Saya akan jawab tak akan pernah cukup. Tapi apa yang penting bagi saya adalah bukan jumlah itu tetapi ketenangan tu.

Sumber: TikTok PruBSN Stars