
Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini sekali lagi mencuri tumpuan warga maya menerusi perkongsian terbaharunya di TikTok.
Artikel Berkaitan: Hael Husaini ‘Show Off’ Rambut Baru, Ramai Peminat Cair – ‘Wah Makin Hensem’
Artikel Berkaitan: Fasa ‘Me Time’ Sudah Berlalu, Hael Husaini Pegang Prinsip – ‘Jangan Sesekali Berkata Penat Atau Mengeluh’
Mirip Heeseung?
Dalam video tersebut, Hael kelihatan segak mengenakan busana hitam dengan sulaman keemasan sambil memegang trofi kemenangannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH37) baru-baru ini.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah transformasi gaya Hael yang kini dilihat persis bintang K-pop. Penampilan tersebut menyebabkan segelintir peminat mendakwa wajahnya mirip ahli kumpulan popular ENHYPEN, iaitu Heeseung.
Bagaimanapun ada segelintir peminat yang merasakan perbandingan itu agak keterlaluan.
Tidak melatah dengan pandangan tersebut, Hael sebaliknya dilihat tenang melayan komen peminatnya.
Malah, jawapan spontan Hael yang berseloroh mungkin wajahnya lebih mirip ‘lesung’ berbanding ‘Heeseung’ mencuit hati warga maya.
Pandangan peminat


Sumber: TikTok Hael Husaini








