
Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Madammu yakin bisnes perlu dibina berpandukan keperluan pasaran dan bukan sekadar ‘syok sendiri’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Ditegur Bertudung Dengan Subang, Perjelas Tak Salah Untuk Berfesyen – ‘Buat Saja Apa Yang Awak Bahagia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Hadiahkan Cincin Berlian Untuk Dua Anak Gadis – ‘Sebelum Suami Awak Beli, Mummy Belikan Dulu’
Kawal emosi

Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri berpendapat, kebanyakan wanita gagal dalam dunia perniagaan adalah kerana gagal mengawal emosi.
Ramai wanita kalah dengan emosi. Kalah dengan masalah rumah tangga, kalah dengan perasaan sendiri.
Pernah berlaku, salah seorang usahawan saya (agen), tengah buat jualan, tiba-tiba bergaduh pula dengan suami, terus emosi terganggu dan jualan jatuh.
Emosi ini sangat bahaya dalam bisnes.
Saya pun dulu beremosi tapi kena belajar lawan dan betulkan mindset.
Madammu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran flagship store pertama NOIR yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil.
Selain itu, Madammu turut mengingatkan agar para usahawan memenuhi permintaan pasaran sekali gus mempelajari perubahan sistem bisnes.
Saya pun lambat faham game TikTok, tapi lama-lama saya sedar kita kena faham di mana kita berada.
Hari ini pemilik jenama besar pun ‘jual diri’ di TikTok demi memastikan jenama mereka terus relevan.
Flagship store yang pertama

Berkongsi lebih lanjut, Madammu memilih peralihan jenama daripada platform digital sepenuhnya kepada pengalaman runcit fizikal selepas 10 tahun membina nama secara konsisten.
Ini adalah langkah pertama kami ke arah penyenaraian awam (IPO).
Online masih kekal, ejen masih aktif tetapi sekarang masa untuk sesuatu yang baru.
Kami bukan jenama antarabangsa. Bila lokal kukuh dengan keperluan orang Malaysia, barulah jenama nampak besar di negara sendiri.
Selain itu, pengasas jenama kecantikan tempatan NOIR tersebut yakin bahawa kejayaan sebenar diukur melalui angka yang mampu mengubah kehidupan.
Saya kejar angka kerana itu adalah impak.
Ada agen yang dulu gaji RM1,000 hingga RM2,000 tapi hari ini mencecah jutaan ringgit. Itu yang beri kepuasan sebenar.
Dalam perkembangan lain, Madammu menetapkan sasaran jualan sehingga RM100 juta untuk tahun hadapan selain menambah baik terhadap kualiti produk.








