![[VIDEO] Madammu Ditegur Bertudung Dengan Subang, Perjelas Tak Salah Untuk Berfesyen – ‘Buat Saja Apa Yang Awak Bahagia’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/madammu-13.jpg)
Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Madammu membidas kenyataan netizen yang mengritik fesyen tudung yang digayakan.
Artikel Berkaitan: Madammu Hadiahkan Lembu Korban Untuk Pembantu Rumah & Pengasuh
Artikel Berkaitan: ‘Berdosa Ke Saya Lahirkan Anak?’ – Madammu Kecewa Dituduh Pilih Kasih Terhadap Anak Tiri
Tudung dan subang
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri berpendapat setiap wanita bertudung memiliki gaya tersendiri.
Ujarnya, tiada masalah untuk berfesyen walaupun bertudung.
Ada orang kata saya mangsa fesyen sebab pakai tudung dengan subang.
Saya rasa okay saja pakai macam ini. Tak nampak pelik pun.
Kadang-kadang saya kesian dengan orang yang suka menilai. Tak semestinya kalau pakai tudung, tak boleh berfesyen.
Bagi saya, buat saja apa yang awak bahagia. Tiada isu pun.
Biar lah saya nak pakai macam ini pun. Tak perlu nak judge.
Yang penting tutup aurat




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Madammu lebih mendalami agama dan dipermudahkan urusan istiqamah menutup aurat.
Sumber: TikTok @kakmurninoir








