Hantaran pelakon Zahirah Macwilson menarik perhatian ramai apabila mendedahkan wajah dua adik perempuannya yang cantik menawan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zahirah Macwilson ‘Belanja’ Nyanyian Aiman Hakim Ridza, Netizen Rindu Dengar Suara – ‘Tolong Pujuk Dia Nyanyi Balik’

Artikel Berkaitan: Zahirah Macwilson Serah Kucing Peliharaan Kepada Ameera Khan, Isaac Raees Alami Alahan Teruk

Adik beradik

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama lengkap Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson, 30, dilihat merakam momen bersama dua orang adiknya.

Pada video berdurasi selama 36 saat itu, Zahirah merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik.

Bagaimanapun, adik lelaki kepada pelakon berusia 30 tahun itu iaitu Haziq tidak turut serta di dalam video tersebut.

Hantaran itu meraih perhatian netizen yang memuji kecantikan setiap seorang adik Zahirah sehingga segelintir menganggap mereka memiliki ibu bapa yang berbeza.

Pelakon drama bersiri TV3 ‘Jangan Benci Cintaku’ itu dilihat tenang memberi penjelasan ekoran tanggapan yang dilontarkan.

Kami dari ibu bapa yang sama. 3 perempuan dan 1 lelaki. Kami tiada adik beradik yang lain.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Zahirah mewarisi rupa paras bapanya, manakala dua lagi adiknya pula lebih menyerupai ibu mereka.

Sumber: TikTok @zahirahmacwilson_