Usahawan, Ojen Aiwah, baru-baru ini berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatan ibunya yang sedang berjuang melawan kanser. 

Artikel Berkaitan: OBPVO: Ojen Aiwah Cipta Sejarah, Raih Gelaran Usahawan Paling Viral

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ojen Aiwah Bersyukur Tercalon Top 5 OhBulan! Paling Viral Online – ‘Terima Kasih Malaysia, Brunei, Singapore & Indonesia’

‘Kuasa sedekah memang magik’

Menerusi hantaran di Instagram, Ojen meluahkan rasa syukur selepas melihat keputusan ujian darah dan imbasan CT (CT scan) ibunya.

Satu keluarga menangis. Dr Thong pun pelik apa amalan mama dan pemakanan mama sampai results darah dan CT scan clear.

Ojen turut mendedahkan bahawa peratusan untuk ibunya terus bertahan kini meningkat sehingga 80 peratus.

Malah dia percaya amalan bersedekah yang sering dilakukan ibunya menjadi asbab kepada kesembuhan tersebut.

Satu lagi, kuasa sedekah ini memang magik.

Yang mengajar Ojen untuk banyak bersedekah adalah mama Ojen.

Dia wanita yang hebat yang rajin bersedekah. 2 bulan mama pakai stoma beg, selama tulah dia bersedekah dengan sesiapa pun, even nurse yang bersihkan najis mama pun mama sedekah walau tak besar jumlahnya

Mama, Terima kasih kerana berjuang sehingga ke tahap ini. Terima kasih kerana sampai sekarang along masih dapat doa mama.

Mama, Terima kasih kerana mengajar along bahawasanya bersedekah adalah asbab kepada panjang umur

Ibu Ojen dilaporkan baru sahaja menjalani pembedahan usus bagaimanapun keadaannya kini semakin stabil.

Sumber: Instagram Ojen Aiwahh