
Pelakon Puteri Balqis menyeru nama aktres, Mia Sara Nasuha ekoran dakwaan terpalit dengan isu memburukkan keluarganya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Sangat Bahagia, Keluarga & Kerjaya Melengkapkan’ – Puteri Balqis
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Semua Kena Move On, Saya Tak Boleh Selamanya Jadi Kanak-Kanak’ – Mia Sara Nasuha
Tangisan raih simpati?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 18, menyifatkan tangisan pelakon berusia 21 tahun itu di hadapan media sebagai satu cubaan meraih simpati.
Dakwa Aqish, Mia turut memburukkan ibunya secara terbuka, selain meninggalkan tanda suka pada komen berunsur hinaan.
Kau menangis beria depan wartawan. Beria kau cerita kau banyak kelebihan yang orang tak tahu.
Kau dengan kawan kau sama saja. Gunakan wartawan dan blog.
Ada kau fikir perasaan dan kesihatan mental mak aku masa kau burukkan dia secara awam? Kau komen mak aku tak didik aku.
Kau like komen yang hina kami. Untuk apa kau buat semua itu?
‘Kami diam bertahun’

Dalam pada itu, Aqish turut mendakwa terdapat beberapa pihak yang terlibat menganiaya ibunya dengan memberi harapan tawaran kerja.
Tambah Aqish, dia memilih untuk berdiam diri selama bertahun-tahun dan tidak mendedahkan perkara sebenar kepada sesiapa.
Pengurus kau, geng kau, individu yang dikenali sebagai Melaka Boy hina mak aku terang-terangan. Mesej mak aku, dengan ayat nak bagi aku job. Perangkap mak aku cukup-cukup. Tiada siapa tahu apa jadi belakang kamera.
Ingat aku lupa? Ingat aku bodoh? Kami diam bertahun. Tiada seorang pun tahu.
Kau, ayah kau, pengurus kau bodek artis-artis nama besar untuk naik.
Selain itu, Aqish turut membuat sindiran kepada pihak terlibat yang menggunakan agama bagi menutup sisi buruk.
Kau dengan geng kau tak perlu buat kerja kotor belakang kamera. Semua orang tahu keluarga kami teruk.
Sekarang kau rasa hebat, kawan-kawan kau yang ramai, Melaka Boy yang banyak connection dengan artis besar, boleh call wartawan untuk backup diri.
Bila menang jangan lupa open bottle ramai-ramai di kelab malam dan gelak-gelak. Kembali bercerita tentang agama bila muat naik hantaran dalam media sosial.
Ajak aku sekali, sebab keluarga aku kurang didikan agama.
Sumber: Instagram @moresechild








![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)