Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pendedahan seorang jurusolek dikenali sebagai Hanis Raus yang mendakwa pernah digoda oleh pendakwah selebriti, Da’i Syed. 

Artikel Berkaitan: ‘Saya Minta Maaf, Saya Menulis Dalam Keadaan Emosi Sebagai Ahli Keluarga Yang Berdepan Ujian’ – Adik Da’i Syed

Artikel Berkaitan:  Selepas Peristiwa Ogos 2024, Dia Solat Di Awal Waktu, Buat Amalan Setiap Hari & Tak Henti Minta Keampunan Allah’ – Adik Da’i Syed

Pendedahan jurusolek tentang Da’i Syed

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Hanis berkongsi beberapa tangkap layar perbualannya bersama pendakwah selebriti itu.

Hanis mendakwa Syed atau nama lengkapnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful berkali-kali mengajaknya berjumpa di Pulau Pinang sedangkan ketika itu dia sedang bercuti bersama isteri dan keluarganya. 

Dia ini dah banyak kali rancang nak suruh aku datang ke Pulau Pinang dan sebagainya semata-mata untuk berjumpa dengan dia. Padahal, waktu itu dia tengah bercuti dengan isteri dan keluarganya.

Selepas itu, dia selalu tanya aku bila nak datang ke Shah Alam lagi. Jadi, dalam perbualan ini aku beritahulah yang aku baru je semalam pergi ke Shah Alam. 

Berkongsi dengan lebih lanjut, Hanis berkata dia menghubungi Syed untuk meminta sampel minyak wangi bagi tujuan promosi di TikTok.  Namun, Syed enggan mengepos barang tersebut sebaliknya dia mahu bersemuka dan menyerahkan produk tersebut sendiri.

Aku sebenarnya nak minta sampel minyak wangi yang dia jual itu sebab aku rancang nak buat affiliate dekat TikTok.

Dia kata dia nak bagi sendiri, tak nak pos. Selepas itu, dia terus tanya kalau aku ada akaun Telegram. Katanya, senang nak rancang.

Tidak cukup dengan itu, Hanis mendakwa Syed telah memberikan sejumlah wang dan menyuruhnya menempah penginapan Airbnb di kawasan Setia Alam.

Dia menawarkan aku untuk menempah Airbnb di kawasan Setia Alam dan dia memberi wang sebanyak RM230 lebih. Bayangkan, dia siap suruh bawa kakak aku sekali!

Susulan daripada itu, Hanis mengingatkan orang ramai terutamanya wanita supaya tidak mudah terpedaya dengan imej agama atau rupa paras seseorang.

Selepas kejadian itu, Hanis bertindak menyekat akaun tersebut dan membatalkan niatnya untuk bekerjasama dalam urusan perniagaan minyak wangi berkenaan.

Sumber: Threads Hanis Raus