
Hantaran bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah menyorot perhatian seolah memberi bayangan dirinya masih diselubungi rasa kesedihan.
Artikel Berkaitan: Dr Fie Guna Proton e.MAS 7 Hantar Anak-Anak ke Sekolah – ‘Kalau Allah Datangkan Rezeki Tidak Dijangka, Itu Rahmat’
Artikel Berkaitan: ‘Semua Baju Masih Dalam Kotak, Saya Pakai Apa Yang Ada Saja’ – Dr Fie Mohon Maaf Isu Penampilan Di Mahkamah
Ditinggalkan tanpa sempat difahami

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Dr Afifah yang mesra dengan panggilan Dr Fie dilihat meluahkan perasaannya melalui penulisan.
Menurut Dr Fie, dia sedang belajar menerima takdir apabila berdepan kehilangan yang tidak sempat difahami.
Ada tawa yang diraikan, ada bahagia yang terus berjalan.
Dan di satu sudut yang sunyi, seorang perempuan masih belajar bernafas dalam kehilangan yang hadir tanpa sebab dan tanpa penutup.
Bukan kerana dia lemah, tetapi kerana hatinya pernah setia sepenuh jiwa. Bukan kerana dia ingin merayu, tetapi hanya ditinggalkan tanpa sempat difahami.
Selain itu, Dr Fie berkongsi bahawa dia berusaha membina kehidupan baru walaupun gagal mengekalkan rumah tangga yang dibina lebih sedekad.
Orang melihatnya tenang, tidak tahu betapa mudahnya dia hancur jika dia memilih untuk tidak bertahan.
Ini bukan kisah tentang siapa yang bahagia, tetapi tentang seorang wanita yang sedang mengajar dirinya untuk tetap hidup walaupun hatinya hampir menyerah.
Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Dr Afifah pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.
Sumber: Instagram @drfietawfek








![[VIDEO] Anak Sulung Zahnita Titip Kata-Kata Menyentuh Hati – ‘Saya Harap Sekarang Ibu Lebih Bahagia’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/zahnita-1.jpg)