
Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz, tampil menjelaskan sebab dia memuat naik hantaran berkaitan isu nafkah daripada suaminya, Daily Doseof Liu, di media sosial.
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Akui Kesilapan, Terima Teguran Ustazah Asma’ Harun – ‘Saya Belajar Sesuatu Yang Baru’
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Triggered Dengan Posting Laser Kemaluan, Aku Cantik Seorang Sahaja Lepas Ini’ – Sasha Abdul Aziz
Beri nafkah
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Sasha berkongsi foto sejumlah wang tunai yang diterima daripada suami dan mengakui lelaki itu pada awalnya tidak memahami tentang konsep nafkah.
Berkahwin dengan warga asing mencabar juga bagi saya terutama dari segi nafkah.
Tapi saya tak pernah salahkan dia juga sebab dia bukannya faham pun pasal nafkah. Alhamdulillah, sekarang dia dah faham sebab hari-hari bebel.
Bukan riak

Bagaimanapun, hantaran tersebut menerima pelbagai respon daripada warganet dan ada yang mendakwa Sasha bersikap riak.
Tidak berdiam diri, menerusi hantaran di Instagram, Sasha menjelaskan perkongsian berkenaan dimuat naik sebagai peringatan tentang kewajipan nafkah, selain menghargai usaha suaminya
Sumpah tak riak. Saya cuma nak beritahu dekat semua orang yang nafkah itu wajib. Betapa susahnya nak mendidik suami saya untuk faham kewajipan nafkah.
Jadi untuk raikan apa salahnya?
Menurut Sasha, bukan mudah untuk mendidik suaminya yang merupakan seorang mualaf itu untuk mengerti maksud nafkah dalam Islam.
Baru masuk tiga bulan dia buat, selepas enam tahun kahwin baru dia faham erti nafkah.
Akhirnya hati dia terbuka. Ingat senang ke? Jadi ya, saya nak beritahu supaya suami-suami semua tahu kewajipan ini.
Sekadar info, Sasha mendirikan rumah tangga bersama suami pada tahun 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Isabella Liu dan Rose Liu serta seorang anak lelaki iaitu Harris Liu.







