
Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz, memberikan respon ekoran teguran daripada pendakwah selebriti, Ustazah Asma’ Harun mengenai perkongsiannya tentang rawatan laser di bahagian alat sulit.
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Triggered Dengan Posting Laser Kemaluan, Aku Cantik Seorang Sahaja Lepas Ini’ – Sasha Abdul Aziz
Artikel Berkaitan: Netizen Selar Tindakan Sasha Abdul Aziz Kongsi Pengalaman Rawatan Ketatkan Faraj – ‘Awak Tak Sepatutnya Post Benda Ni’
Terima teguran

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Sasha menjelaskan niatnya sekadar untuk berkongsi secara ‘tranparents’ mengenai perjalanannya sebagai seorang ibu.
Bagaimanapun, Sasha akui kesilapan yang dibuat dengan menerima teguran daripada Ustazah Asma’ mengenai hukum rawatan laser di bahagian alat sulit.
Saya faham topik ini boleh menjadi sensitif dan setiap orang mempunyai pandangan serta kepercayaan yang berbeza.
Saya kongsi perjalanan sebagai seorang ibu dengan niat untuk cerita jujur tentang kesihatan wanita dan keyakinan diri selepas melahirkan anak.
Namun, selepas mendengar penjelasan daripada seorang ustazah bahawa perkara ini dianggap haram, saya sedar dan belajar sesuatu yang baharu hari ini.
Tambah Sasha, dia akan lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian agar tidak memberi contoh negatif kepada pengikutnya.
Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan cuba untuk tidak terlalu berkongsi. Saya akui kadang-kadang terlalu teruja apabila melibatkan topik kecantikan dan perkara yang ingin dikongsi.
Niat saya tidak pernah untuk menyinggung perasaan sesiapa. Oleh itu, saya akan menurunkan hantaran tersebut.
Netizen puji




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji personaliti Sasha yang menerima teguran secara merendah diri serta mengakui kesilapan mengenai perkongsian yang dimuat naik.
Sumber: Threads @sashabadulaziz








