Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie tampil bersuara ekoran kes curang yang banyak dilihat di media sosial.

Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Jual Coli Hitam ‘Preloved’ Dengan Harga Bida RM5,800 – ‘Saya Cari Duit, Bukan Kawan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Individu Narsistik Pandai Manipulasi Emosi, Luar Nampak Baik Tapi Di Belakang Lain’ – Zarina Anjoulie

Pilih suami dengan bijak

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 39, berpendapat kebanyakan lelaki memilih wanita yang memberi kesenangan kepadanya.

Tambah Zarina, lelaki akan beralih ke wanita yang dia inginkan setelah meraih kewangan yang stabil.

Bila lelaki tengah susah atau tak berduit, selalunya mereka akan sayang perempuan yang beri kesenangan pada dia. Bukan perempuan yang dia betul-betul cintai.

Tapi bila dah lepas fasa itu, dia akan pergi cari perempuan yang dia nak dan rasa layak, sebab masa itu dia dah mampu untuk menanggung.

Mereka akan pusing cerita, cakap benda manis seperti ‘biar susah senang bersama-sama’ tapi hakikatnya bukan begitu.

Jadi pilihlah lelaki yang selayaknya buat diri anda.

Tiada istilah ‘susah senang bersama’

Mengulas lanjut, Zarina berkongsi kisah silamnya yang pernah susah dan tidak dibantu oleh mana-mana lelaki.

Tegas Zarina, istilah ‘susah senang bersama’ tidak wujud sekali gus menitipkan pesanan agar wanita membina karier dan penampilan diri terlebih dahulu.

Tiada istilah susah senang bersama. Dulu saya susah tanpa bantuan.

Dan saya tidak begitu cantik dulu. Tiada lelaki pun nak kesian. Tapi bila saya dah ada budget cantikkan diri, baru jantan nak datang.

Apa yang saya nak tekankan adalah, perempuan waktu tak cantik dan tak berduit, tiada pun lelaki nak beri peluang sedangkan ketika itu kita tengah membina diri.

Jadi, kenapa kita nak susah senang dengan lelaki? Kalau kau susah tak payah bercinta.

Sumber: Threads @anjoulielavocah1