
Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming, menegaskan bahawa dia tidak akan mengumpulkan nombor kad pengenalan (IC) pelanggan untuk sebarang tujuan tempahan di restorannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Tepis Dakwaan Rembayung Hanya Ambil Pekerja Melayu – ‘Saya Tidak Tapis Ikut Bangsa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming ‘Owner’ Restoran Rembayung, Simpan Rahsia Setahun – ‘Modal RM4 Juta Di Atas Tanah 8,000 Kaki’
Tak boleh sesuka hati..

Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman menjelaskan bahawa tiada keperluan dari sudut undang-undang untuk sesebuah kedai makan mengumpulkan maklumat tersebut.
Khairul Aming yang juga dikenali sebagai KA menegaskan langkah itu boleh menimbulkan isu privasi dan melanggar hak pelanggan.
Tidak boleh abang.
Sebagai kedai makan tiada keperluan undang-undang yang membolehkan saya collect nombor IC sebab itu data peribadi pelanggan yang sangat sensitif dibawah Personal Data Protection Act (PDPA).
Sebelum ini, seorang individu memberi cadangan kepada KA supaya menggunakan nombor IC sebagai langkah untuk menjadikan sistem tempahan lebih ketat dan mengelakkan aktiviti scalper.
Terdahulu, segelintir netizen meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati apabila terdapat golongan scalper yang tidak bertanggungjawab menjual tempahan dengan harga mahal.
Sumber: Threads








