
Personaliti media sosial, Zhiddin Aziz tampil menyuarakan kebimbangan terhadap trend pertelingkahan palsu yang semakin berleluasa dalam kalangan segelintir artis.
Artikel Berkaitan: Zhiddin Aziz Bidas Netizen Persoal Perkataan ‘Rembayung’ – ‘Kedai Yang Ada Kesalahan Ejaan Mereka Sunyi Pula’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zhiddin Aziz Kurang Senang Bukit Bintang Dipenuhi Budaya Luar, Kongsi Kisah Ugutan – ‘Kalau Tak Bayar, Kereta Kena Pecah’
‘Apa yang sudah jadi?’

Menerusi perkongsian di Threads, Zhiddin atau nama lengkapnya Mas Zhiddin Zhiddan Abdul Aziz turut mendakwa trend itu sengaja direka demi meraih perhatian.
Malah dakwa Zhiddin, trend tersebut juga diwujudkan dengan tujuan mahu meningkatkan jumlah tontonan di platform digital.
Sebenarnya apa terjadi dekat ‘segelintir’ artis Malaysia ni?
Bagaimana artis sekarang boleh terlibat dalam pertelingkahan yang direka? Cipta isu sensasi sehingga netizen dipancing untuk saling bertikam lidah.
Hakikatnya sandiwara, sekadar kandungan pemasaran untuk mencipta angka tontonan.
Dalam masa yang sama, Zhiddin turut mempersoalkan kebergantungan industri hiburan terhadap kontroversi sehingga nilai diri dan maruah dijadikan taruhan semata-mata untuk kekal relevan.
Adakah kehidupan artis begitu terdesak, sehingga maruah dijadikan taruhan dan keharmonian masyarakat dipermainkan?
Yang lebih parah, retak dicipta telah merembes ke ruang awam sehingga memperuncing perpaduan.
Sumber: Threads








