Penyanyi Khai Bahar menjelaskan situasi yang berlaku apabila rakan duetnya, Yulia Kamelia diserang oleh akaun palsu yang memberi amaran keras agar tidak mendekatinya.

Artikel Berkaitan: Masih Berduka Atas Kehilangan Bapa, Khai Bahar Gagal Habiskan Nyanyian

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tahu Ramai Yang Berjuang Secara Senyap’ – Khai Bahar

Akaun palsu

Ketika ditemui OhBulan!, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 32, menafikan individu yang menyerang Yulia itu merupakan salah seorang kelab peminatnya, Khai Empire.

Tambah Khai, setiap wanita yang pernah berduet dengannya pasti akan menjadi sasaran serangan selain gambar mereka disunting dengan unsur negatif.

Sebenarnya mereka itu saya sendiri tak kenal. Saya hanya kenal peminat saya.

Kadang-kadang saya pun dimarahi. Orang yang sama. Mereka ada akaun palsu dan menggunakan ayat-ayat yang pelik.

Yang penting bukan peminat saya. Peminat saya semua baik-baik.

Saya cuba nak tahu siapa tapi tiada jawapan. Perkara ini berulang. Siapa yang duet dengan saya mesti kena.

Khai berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single duet ‘Toksik’ yang berlangsung di Leo’s, TTDI pada Khamis.

Sementara itu, pelantun lagu ‘Luluh’ sempat menitipkan pesanan buat penyanyi berusia 25 tahun untuk tidak melayan komen negatif sebaliknya memberi fokus pada perkembangan karier.

Saya bagitahu Yulia untuk tidak layan mesej sebegitu. Kalau dilayan, akan patahkan semangat dia yang baru nak naik.

Setakat 2 ke 3 orang yang macam itu, letak tepi saja. Ramai lagi yang nak dengar kita nyanyi.

Tak susah pun nak duet dengan saya. Jangan takut.

Sebab perkara ini kadang-kadang bukan terjadi pada penyanyi saja. Mesti ada yang iri hati.

Dalam perkembangan lain, Sony Music mempersembahkan kolaborasi istimewa yang menyatukan dua penyanyi hebat iaitu Khai Bahar dan Yulia Kamelia menerusi single duet berjudul ‘Toksik’.

Single ‘Toksik’ ini boleh mula distrim di semua platform digital utama termasuk Spotify, Apple Music dan Youtube.