Jarang-jarang berlaku, gandingan anak Primadona tanah air, Erra Fazira iaitu Engku Aleesya bersama anak tirinya, Dania Sofea menjadi bualan wargamaya.

Artikel Berkaitan: Gelagat Ibu Erra Fazira Bikin Terhibur – ‘Menantu Aku Handsome, Anak Aku Cantik’

Netizen suka

Baru-baru ini, Aleesya dan Dania mencuri perhatian apabila muncul dalam satu siaran langsung di platform TikTok bagi mempromosikan restoran milik bapa mereka.

Dalam sesi tersebut, kedua-duanya dilihat cukup santai dan bersahaja melayan pertanyaan netizen.

Sikap mesra serta keserasian yang ditonjolkan membuatkan ramai terhibur, malah tidak kurang yang memuji hubungan harmoni mereka sebagai adik-beradik tiri.

Lebih menarik, siaran langsung itu menerima lebih 2,700 tontonan dan meraih sekitar 1.7 juta tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja melihat gandingan tersebut dan berharap mereka dapat melakukan lebih banyak sesi siaran langsung bersama.

Untuk rekod, Erra mendirikan rumah tangga bersama Mr. E atau Ezwan pada Disember tahun lalu.

Aleesya merupakan anak tunggal hasil perkahwinan terdahulu Erra bersama Engku Emran, manakala Dania pula ialah anak tunggal Ezwan daripada perkahwinan sebelum ini.

Sumber: Threads