
Majlis perkahwinan Primadona, Erra Fazira bersama suaminya, Mr E atau Ezwan Zain masih menjadi topik hangat perbualan warganet di media sosial sehingga kini.
Artikel Berkaitan: Erra Fazira Kongsi Momen Lucu Saat Berkenalan Dengan Mr. E, ‘Bergayut’ Di Telefon Hingga Enam Jam
‘Anak aku cantik’

Terbaharu, tular satu klip video yang memaparkan gelagat ibu Erra, Azizah Zaik yang secara terbuka memuji menantunya serta menyifatkan pasangan itu sangat serasi.
Menantu aku handsome, anak aku cantik.
Azizah membuat penjelasan itu sambil melakukan isyarat tangan yang menggambarkan kesepadanan mereka, malah turut memegang pipi Ezuan.
Aksi spontan itu nyata menghiburkan ramai netizen yang membanjiri ruangan komen.
Ada yang berpendapat Ezuan seorang yang pandai mengambil hati ibu mentua, sekali gus membuatkan hubungan mereka kelihatan akrab.
Agaknya dia pandai ambil hati, sebab itu mak Erra suka. Orang tua memang gemar menantu yang tahu melayan.
Menantu yang pandai berbual dengan orang tua. Semoga perkahwinan ini membawa ke syurga.
Untuk rekod, Erra dan Ezuan selamat melangsungkan perkahwinan pada Jumaat lalu.






![[VIDEO] Khairul Aming Pilih Untuk Tak Beli ‘Souvenir’ Ketika Bercuti – ‘Kadang Kesian Tengok Ada Yang Tertekan Nak Cari Cenderahati’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/KA-27.jpg)

