Selepas mengesahkan dirinya sudah bercerai, pelakon Zulin Aziz memilih untuk mengambil pendekatan yang positif dalam meneruskan kehidupan.

Artikel Berkaitan: Zulin Aziz Sah Bercerai, Habis Jalani Tempoh Iddah

Fokus ramadan

Menerusi hantaran di Instagram Story, Zulin atau nama lengkapnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, menitipkan pesanan kepada dirinya dan orang ramai agar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ketibaan bulan Ramadan. 

Kita fokus dengan Ramadan ya.

Dia juga menzahirkan rasa syukur atas segala doa yang diberikan oleh para peminat dan orang ramai terhadap dirinya.

Terima kasih mendoakan yang baik-baik. Semoga doa itu berbalik dekat anda juga, amin Ya Rab. 

Selamat menyambut Ramadan.

Terdahulu, Zulin mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suaminya, Farhan Norzaini pada 18 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak menghebahkan perkara itu sehingga tamat tempoh idah yang berakhir pada 18 Februari 2026.

Untuk rekod, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.

Sumber: Instagram Zulin Aziz