![[VIDEO] Normah Damanhuri Menangis Lihat Kak KM & Kak Nona Berbaik Semula – ‘Syukur, Alhamdulillah’](https://asset.ohbulan.com/2026/02/kak-km-kak-nona1.jpg)
Air dicincang tidak akan putus. Peribahasa ini amat tepat menggambarkan hubungan adik-beradik antara usahawan sensasi, Kak KM dan kakaknya, Kak Nona, yang kini kembali jernih selepas melalui episod perselisihan faham.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kak Nona Beri Respon Selepas Didakwa Menumpang Harta Isteri – ‘Saya Usaha Bantu Dia Live, Pakai Bengkung..Abaya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Nafi Buka Pekung Kisah Rumah Tangga Kak Nona – ‘Kenapa Saya Dipersalahkan’
Gugur air mata ibu
Menerusi perkongsian di Instagram, kelihatan Kak Nona masuk ke dalam rumah, manakala Kak KM yang sedang berada di ruangan dapur terkejut dengan kehadiran kakaknya itu.
Tanpa sebarang kata-kata, mereka berdua kemudian berpeluk erat dan mengalirkan air mata.
Paling menyentuh perasaan adalah apabila ibu mereka iaitu, pelakon Normah Damanhuri dilihat tidak mampu menahan sebak lalu menangis menyaksikan momen itu.
Di ruangan kapsyen, Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli, 45, mengucapkan rasa syukur kerana perhubungan mereka kembali baik.
Allah Maha Besar. Terima kasih Ya Allah, syukur Alhamdulillah.
Dalam masa sama, Kak Nona turut memuat naik video tersebut di akaun TikTok miliknya dan menyifatkan pertemuan itu sebagai pengubat hatinya yang duka.
Allah yang maha mendengar dan penyanyang.
Sudah tiga hari saya rasa sayu dan sebak, inilah ubatnya.
Terima kasih Allah. Terima kasih yang sentiasa mendoakan saya.
Terdahulu, perselisihan faham antara Kak KM dan Kak Nona menjadi perhatian dan perbualan hangat dalam kalangan warganet di media sosial.
Sebelum ini, hubungan dua beradik itu didakwa renggang dipercayai kerana perselisihan faham berkenaan perniagaan mereka.








