![[VIDEO] Sharifah Shahirah Kenang Momen Temani Amyza Aznan Di Bilik Bersalin Lahirkan Anak Sulung – ‘Nama Andre Saya Yang Bagi’](https://asset.ohbulan.com/2026/02/sharifah-shahira-amyza-andre-1.jpg)
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mengenang kembali saat menemai rakannya, aktres Amyza Aznan menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya Allahyarham Andre Mikhail pada 2006.
Artikel Berkaitan: Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: ‘Andre Mikhail Akan Keluar Hospital, Doktor Minta Keluarga Bersedia…’ – Amyza Aznan
Sharifah Shahirah berikan nama ‘Andre’

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 52, memaklumkan bahawa nama ‘Andre’ juga merupakan cadangan nama yang diberikannya kepada Amyza.
Ketika Amyza melahirkan Andre, saya ada dalam bilik bersalin. Saya menghadap dan menyambut Andre.
Masa dilahirkan, doktorlah yang sambut. Tapi saya ada dalam bilik tu.
Sebenarnya nama Andre saya yang bagi sebab saya ingat nak namakan anak saya tapi tak jadi. Kemudian saya cakap kepada Amyza, kalau dia nak guna nama tu untuk anak, ambillah.
Sharifah Shahirah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Dentam Dentum Raya di UTM Hotel & Residence, Kampung Datuk Keramat pada Isnin.
Berkongsi detik ketika melawat Allahyarham Andre di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada petang Isnin, Sharifah Shahirah akui tidak dapat menahan sebak sehingga hilang kata-kata.
Apabila dengar berita mengenai Andre, saya jadi buntu. Saya masuk dan tidak boleh tahan sebak. Tidak boleh hendak sorok. Saya tidak tahu hendak cakap apa.
Nak cakap dia kuat pun saya tak mampu. Dalam hati cuma mampu berdoa.
Semua yang datang pun tidak dapat tahan air mata. Semua orang ada ujian masing-masing dan Amyza diuji begini.
Sharifah Shahirah menyifatkan Allahyarham Andre Mikhail yang telah menghembuskan nafas terakhir pada malam Isnin seorang anak yang soleh dan sangat baik.
Andre memang anak yang sangat baik. Dia banyak bantu jaga adik-adik. Mereka memang sangat rapat dengan keluarga. Amyza pula ibu yang sentiasa dengan anak-anaknya.
Apa yang saya tidak boleh tahan apabila tengok adik kecilnya. Mungkin sebab Amyza sibuk, Andre yang jaga adik.
Dia pun tak nak terlalu dekat dengan abang sebab tidak sanggup. Semua orang tidak sanggup tetapi kita kena lalui juga.
Terdahulu, anak sulung kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail yang menderita kanser paru-paru dilaporkan meninggal dunia pada malam Isnin.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun dan disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat sejak 15 Februari tahun lalu.
Andre dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bererapa hari lalu bagi menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.







