![[VIDEO] ‘Dulu Malu Duduk Rumah Flat, Tapi Sederhana Itu Paling Indah’ – Syasya Rizal](https://asset.ohbulan.com/2026/02/syasya-3.jpg)
Penyanyi Syasya Rizal baru-baru ini mencuri perhatian warganet apabila berkongsi bahawa bulan Ramadan kali ini membawa makna berbeza buat dirinya, selepas pulang ke rumah nenek bersama suaminya, iaitu Nasrullah.
Artikel Berkaitan: ‘Kita Boleh Siapkan Outfit Lebih Awal, Tapi Hati Tu Sempat Tak Kita Siapkan?’ – Syasya Rizal
Artikel Berkaitan: ‘Dia Menangis Tanpa Suara, Muka Bertukar Kebiruan – Syasya Rizal Kongsi Anak Diserang ‘Breath Holding Spell’
Kunjungan yang bawa kepada versi diri yang dahulu
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, melawat semula kediaman lamanya bersama neneknya di sebuah flat di Kuala Lumpur.
Kata Syasya Rizal, kunjungannya itu seakan membawanya kembali kepada versi dirinya yang dahulu.
Meskipun pernah membesar di kawasan tersebut, Syasya mengakui dia pernah berasa malu untuk berkongsi kepada orang ramai bahawa dirinya pernah tinggal di situ.
Bulan Ramadan kali ini terasa lain, hari ini saya balik rumah opah dan tak balik seorang diri, saya bawa suami balik sekali.
Setiap tingkat rumah flat ini terasa macam bawa saya balik ke versi diri yang dahulu.
Rumah flat ini tempat saya membesar, belajar menjadi kuat walaupun hidup terasa sederhana.
Dulu saya pernah malu untuk bercerita yang saya duduk di rumah flat bersama opah.
Sederhana adalah indah

Dalam pada itu, Syasya turut berkongsi pesanan neneknya mengenai kehidupan yang disifatkan memberi kesan mendalam di hatinya.
Ujarnya lagi, bulan Ramadan kali ini membuka matanya untuk menyedari bahawa kesederhanaan dalam hidup adalah perkara paling ikhlas dan indah dalam kehidupan.
Opah ada pesan, hidup ini bukan tentang apa yang kita ada, tetapi siapa yang tetap ada waktu kita tiada apa.
Ayat itu ringkas tapi rasa berat betul di hati.
Kalau saya yang dahulu berangan ingin menjadi seseorang, rasa hidup tak pernah cukup.
Sumber: TikTok Syasya Rizal








