Pelakon jelita Fazura berkongsi antara sebab dia mencintai bulan Ramadan adalah kerana keindahan ibadah berpuasa yang mampu meningkatkan kawalan diri serta membentuk disiplin peribadi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Ahmad Dakwa Netizen Cuba Sabotaj, Gembira Lihat Que Haidar & Fazura – ‘Nampak Ikhlas’

Artikel Berkaitan: Fazura Kecewa Tak Dapat Hulur Bantuan Kepada Keluarga Palestin, Netizen Nasihat Lebih Berhati-Hati – ‘Ramai Scammer’

Baik untuk kesihatan tubuh

Menerusi perkongsian di Threads, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 44, berkata amalan berpuasa dapat membantu mengawal pemakanan agar tidak berlebihan, sekali gus memberi manfaat kepada kesihatan.

Menurutnya, tubuh badan menjadi lebih cergas dan penampilan diri turut lebih terjaga.

Katanya lagi, perubahan tersebut penting dalam meningkatkan keyakinan serta membentuk imej peribadi yang lebih baik.

Saya sangat mencintai bulan Ramadan kerana keindahan dalam ibadah berpuasa yang benar-benar menguji dan dapat meningkatkan kawalan diri kita sebagai seorang dewasa.

Kita tak makan terlalu banyak, itu adalah yang terbaik untuk kesihatan tubuh kita.

Kita menjadi lebih cergas dan yang paling penting, untuk keyakinan diri dan penampilan diri sendiri.

Belajar untuk sabar

Dalam hantaran yang sama, pelakon filem Pisau Cukur itu berpendapat bulan Ramadan turut mengajar erti kesabaran serta membentuk disiplin diri untuk menjauhi segala perbuatan yang tidak selari dengan harapan meraih reda dan keampunan Allah.

Kita juga dapat belajar untuk bersabar.

Dapat belajar untuk mengawal diri dengan lebih baik daripada lakukan perbuatan yang buruk dan tidak selari dengan harapan kita untuk dapatkan keredaan dan keampunan Allah.

Berbaki 17 hari lagi sebelum bulan Ramadan berakhir, teruslah istiqamah.

Sumber: Threads Fazura