
Penyanyi dan pengacara Alif Satar dilihat semakin giat menganjurkan pelbagai program kebajikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, termasuk mengajak masyarakat melakukan kebaikan serta menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Subuh Raya Kedua Isteri Saya Akan Bersalin’ – Alif Satar Bakal Timang Cahaya Mata Keempat
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Iklan Saya Jual Smart Watch, Itu Adalah Video AI’ – Alif Satar
Platform sebarkan mesej

Ketika ditemui oleh OhBulan!, Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 36, berkata walaupun kini dia memikul peranan sebagai duta bagi kira-kira 10 jenama, dia menganggap peluang tersebut sebagai platform dalam menyebarkan pengaruh dan mesej positif kepada masyarakat.
Menurut Alif, setiap jenama yang diwakilinya mempunyai inisiatif kebajikan tersendiri, malah kebanyakannya dijalankan dalam skala yang besar.
Pada masa sekarang, saya memegang dalam 10 jenama dan setiap satunya ada kempen amal masing-masing.
Semuanya juga kempen yang besar.
Saya rasa dapat menumpang sedikit ruang yang ada untuk menyumbangkan aura positif.
Dalam masa yang sama, saya cari juga ganjaran sepanjang bulan Ramadan ini walaupun jadual agak sibuk.
Alif berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen ‘Baju Raya Lama Baharu’, anjuran Sun Life Malaysia dengan kerjasama Media Prima Berhad (MPB) di Balai Berita Bangsar, pada Rabu lalu.
Menggalakkan masyarakat buat kebajikan

Berkongsi lanjut, penyanyi lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ berkata sebagai seorang figura awam, dia merasakan pengaruh yang dimiliki wajar dimanfaatkan sebaiknya untuk menggalakkan masyarakat melakukan kebaikan.
Sebelum ini saya pernah buat kempen di masjid dan kempen seperti itu dapat beri kepuasan yang berbeza.
Saya hanya menumpang sahaja sebagai duta satu-satu jenama tapi saya cuba gunakan platform yang ada untuk menghebahkan kepada orang ramai.
Bulan Ramadan ini sememangnya mudah untuk mengajak orang lain buat kebaikan.
Contoh macam nak ajak orang ke masjid atau bersedekah pun lebih mudah.
Katanya lagi, ada juga dalam kalangan masyarakat yang ingin menghulurkan bantuan, namun tidak pasti saluran yang tepat untuk menyalurkan sumbangan tersebut.
Jadi saya gunakan platform yang ada, manakala jenama yang saya wakilkan ini menjadi perantara.
Sebab itulah kempen yang saya buat berjaya.
Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bekerjasama dengan jenama yang mahu memberi kebaikan kepada masyarakat.
Ujarnya lagi, kesibukan bukan alasan untuk berhenti seketika kerana baginya setiap peluang yang datang perlu digunakan sebaik mungkin.
Bila saya mati nanti saya rehatlah dan sekarang bukan masanya untuk berehat.
Saya tetap membahagikan masa untuk keluarga dan ibadah.
Saya masih sempat solat di masjid, pergi bekerja dan bila pulang ke rumah, saya masih ada masa untuk meluangkan masa bersama anak-anak.
Bagi saya itulah keberkatan masa dan penat itu perkara biasa.
Saya ini ‘Iron Man Malaysia’.
Kalau berbasikal boleh, berenang di laut boleh, lari maraton boleh, takkan hendak pergi solat tidak boleh pula.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Cukup Indah’ menjelaskan kebanyakan aktiviti hiburan telah dirancang lebih awal sebelum tibanya Ramadan agar bulan yang penuh keberkatan ini dapat dimanfaatkan dengan perkara lebih bermakna.
Bagi aktiviti hiburan pula, sebenarnya sudah tujuh hingga sembilan tahun sambut bulan Ramadan dengan cara ini.
Saya bukan perlahankan aktiviti hiburan, tetapi saya selesaikan semuanya dengan lebih awal lagi sebelum tibanya bulan Ramadan.
Bila masuk bulan Ramadan, saya boleh isi masa dan meluangkan masa di rumah bersama keluarga.
Kalau ada aktiviti juga, biasanya aktiviti amal yang saya memang berbesar hati untuk sertai.







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
