
Pemergian bayi berusia empat bulan yang menyayat hati, Hayl Haarith meraih simpati orang ramai ekoran keadaan yang didakwa didera dalam jagaan pengasuh di sebuah Taska di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Artikel Berkaitan: Pelajar Didakwa Mangsa Buli Meninggal Dunia, Cedera Parah Dipukul Kerusi Besi Di Kepala
Artikel Berkaitan: Wanita Terkejut Bangun Tidur, Temui Anak Berusia 6 Tahun Cedera Dikelar
Apa salah Hayl Haarith?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, nenek saudara kepada arwah Hayl Haarith meluahkan rasa kesal terhadap perbuataan kejam seorang pengasuh terhadap cucunya.
Dakwa nenek saudara arwah, pelaku bertindak menghentak Haarith ke dinding dan lantai selain menekup mukanya menggunakan bantal.
Apalah salah adik sampai dibuat oleh kekejaman syaitan bertopengkan manusia.
Dihentak ke dinding dan lantai kemudian ditekup dengan bantal sampai adik meninggal.
Allah ambil adik di usia 4 bulan di bulan Ramadan. Indahnya rupa paras ahli syurga ini. Cantik bersih.
Dalam pada itu, nenek saudara yang dikenali sebagai Susan Sue turut menitipkan ucapan selamat tinggal ringkas seakan menggambarkan dirinya reda dengan takdir yang menimpa cucu saudaranya.
Sejuk dan harum bau bila neny cium pipi adik.
Selamat kembali ke dunia abadi.
Sebelum ini media melaporkan seorang bayi meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah pusat jagaan kanak-kanak 24 jam yang terletak dalam kawasan Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang.
Kes berada dalam siasatan pihak berkuasa selepas keluarga bayi mendakwa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pusat jagaan itu menunjukkan terdapat unsur penderaan terhadap mangsa.
Jenazah bayi lelaki berusia empat bulan, Hayl Haarith Mohd Syafaeez, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelulut, yang dihadiri ahli keluarga, sanak saudara serta penduduk kampung.
Sumber: Facebook @Susan Sue








