Seorang individu berkongsi pengalaman ketika menghadiri sebuah acara moreh yang turut dihadiri pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Ujian Saya Adalah Zuriat, Belum Sampai Tahap Dapatkan Rawatan’ – Hannah Delisha

Diganggu lelaki tak dikenali

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut memaklumkan acara berkenaan berjalan dengan meriah dan menyeronokkan. Namun, dia mendakwa berlaku satu situasi yang membuatkan Hannah kelihatan tidak selesa.

Menurutnya, ketika acara berlangsung, terdapat seorang lelaki yang didakwa cuba memegang tangan aktres itu selain terlalu mendekatinya.

Saya pergi ke acara Moreh bersama Hannah Delisha dan memang sangat seronok. Namun ada satu situasi yang membuatkan Hannah kelihatan tidak selesa.

Ada seorang lelaki yang kelihatan agak keterlaluan apabila dia cuba pegang tangan Hannah dan terlalu mendekatinya sehingga Hannah terpaksa sedikit menjauhkan diri ketika itu.

Individu berkenaan berkata, dia bukan berniat untuk memburukkan mana-mana pihak, namun merasakan setiap orang perlu lebih menjaga adab serta menghormati batas ketika berhadapan dengan selebriti.

Saya bukan berniat apa-apa, tetapi rasanya semua orang perlu jaga beradab dan menghormati batas. Tambahan pula Hannah sudah berkahwin dan mempunyai suami.

Namun saya tidak menafikan, dia memang sangat cantik. Dalam televisyen sudah nampak cantik, di luar lebih cantik lagi. Tetapi tolonglah jaga tingkah laku dan hormati batas.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa setiap individu perlu menjaga tingkah laku dan menghormati ruang peribadi selebriti ketika menghadiri acara awam.

Sumber: Threads