Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, menerima keputusan anak lelakinya, Danish Hakim untuk melangkah ke fasa yang lebih serius dalam hubungan.

Artikel Berkaitan: Anak Sulung Abby Abadi & Norman Hakim Selamat Bertunang

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Coretan Abby Abadi Untuk Anak Undang Sebak – ‘Kalau Nanti Kamu Rasa Dunia Ini Berat..Pulanglah’

‘Kami menerima dengan hati terbuka’

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan meluahkan rasa syukur melihat anaknya yang berusia 23 tahun itu melangkah ke alam dewasa.

Walaupun mengakui Danish masih muda, Abby menyatakan bahawa sebagai ibu bapa, dia dan bekas suami, Norman Hakim menerima keputusan anak mereka dengan hati yang terbuka.

Muda lagi anak ini… Tapi bila nak melangkah ke fasa seterusnya, kami ibu bapa menerima dengan hati terbuka. 

Anak-anak sekarang bukan boleh dilarang, cuma boleh dinasihat dan terus bagi peringatan.

Dalam kesempatan itu, Abby turut menitipkan pesanan buat pasangan berkenaan agar saling bertolak ansur dan melengkapi kekurangan masing-masing.

Hidup ini amanah dan tanggungjawab yang Allah amanahkan dan tak semudah yang disangkakan. 

Nak jaga diri pun panjang perjuangannya, apatah lagi bila melibatkan orang lain untuk bersama dalam kehidupan kita. 

Salinglah bertolak ansur, saling menerima kelebihan dan kekurangan, saling melengkapilah pendek kata ya. Tiada yang sempurna.

Berkongsi lanjut mengenai majlis perkahwinan, Abby berkata pasangan itu bakal diraikan dalam dua majlis berasingan di dua buah negara iaitu Malaysia dan Singapura.

Sumber: Instagram Abby Abadi