![[VIDEO] Coretan Abby Abadi Untuk Anak Undang Sebak – ‘Kalau Nanti Kamu Rasa Dunia Ini Berat..Pulanglah’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/IMG_4147.jpeg)
Coretan yang ditulis oleh pelakon dan penyanyi Abby Abadi khusus untuk anak-anaknya telah menyentuh hati warganet.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Berebut Hak Penjagaan Sebab Saya Memang Penjaga Mereka Dari Kecil’ – Abby Abadi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’
Untuk anak-anak
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, 49, itu mengingatkan anak-anak tentang doa yang sentiasa dipanjatkannya terutama ketika mereka berdepan dengan saat sukar.
Anak-anak, kalau suatu hari nanti mama, abah, papa dan mummy tak lagi mampu memegang tanganmu sekuat hari ini, ingatlah setiap langkahmu pernah kami doakan.
Anak-anak hidup ini selalu tak indah. Akan ada hari kamu jatuh, kecewa, rasa sendirian tapi percayalah, doa kami sentiasa mengiringi.
Dalam masa sama, sebagai seorang ibu, Abby juga meletakkan kebergantungan penuh kepada Allah SWT agar setiap cahaya matanya sentiasa dilindungi.
Walau kami tak mampu lindungi kamu setiap masa, kami tak pernah berhenti meminta Allah jaga kamu semua.
Bukan itu sahaja, pelakon filem Gerak Khas The Movie ini turut berpesan kepada anak-anaknya untuk pulang ke pangkuannya serta keluarga andai mereka tidak mampu menanggung ujian yang menimpa.
Kalau suatu hari nanti kamu rasa dunia ini berat, pulanglah.
Pelukkan kami mungkin tak mampu menyelesaikan segalanya tapi cukup untuk buat kami rasa rumah dan tempat berlindung masih ada.
Sekadar info, Abby dan aktor Norman Hakim mendirikan rumah tangga pada 2002 sebelum bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, Marissa Dania Hakim, 21, dan Danisha Hakim, 18 tahun.
Abby kemudian berkahwin dengan Faizal, manakala Norman mendirikan rumah tangga bersama pelakon Memey pada 2011.
Sumber: Threads








