
Seorang pelajar meluahkan perasaan sedih selepas menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dirasakan tidak memenuhi harapan diri dan keluarga.
Artikel Berkaitan: Alyssa Dezek Raih ‘Straight A’ SPM 2025, Buktikan Kejayaan Akademik & Kerjaya Seni
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Belikan Dia Kereta Sebagai Hadiah’ – Anak Madammu Raih 8A 1B+ Dalam SPM
‘Down’

Dalam luahan ringkas yang tular, pelajar tersebut mengakui berasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan usaha yang telah dilakukan apabila meraih 4D 2E.
Dalam hantaran yang sama, dia turut menyampaikan permohonan maaf kepada ibu bapanya menyifatkan dirinya sebagai tidak cukup baik.
Rasa down lepas tengok keputusan sendiri. Ini sahaja yang saya dapat usahakan.
Maafkan anak mu yang bodoh ini ibu and ayah.
Kenyataan itu kemudiannya menyorot perhatian orang ramai yang rata-ratanya memberi semangat dengan menyatakan SPM hanyalah sebahagian daripada perjalanan hidup.
Sebahagian turut mencadangkan agar pelajar tersebut menceburi bidang kemahiran yang berpotensi menjamin masa depan yang lebih cerah.
Komen warganet


Sumber: Threads








