Pelakon Ben Ali mendedahkan bahawa dia hanya memperoleh satu A dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi subjek Engineering Drawing, manakala subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekadar meraih gred B.

Artikel Berkaitan: Ben Ali Kongsi Pengalaman Pernah Dihina, Diperlekeh Rakan Sekolah – ‘Semua Benda Dia Judge, Saya Terasa Kerdil’

Artikel Berkaitan: ‘Terpaksa Tidur Di Masjid & Kena Samun’ – Ben Ali Kongsi Pengalaman Merantau Dari Perlis Ke Kuala Lumpur Ketika Usia Remaja

Masalah kewangan keluarga

Menerusi satu perkongsian di Threads, Ben, atau nama penuhnya Nur Ali Nadzwan, 33, mengakui bahawa impiannya sejak kecil untuk menjadi arkitek terpaksa diketepikan kerana kekangan kewangan keluarga.

Namun begitu, kini dia menzahirkan rasa syukur atas setiap cabaran dan dugaan yang pernah dilalui, kerana percaya pengalaman itu telah membentuk dirinya sehingga berada di tahap sekarang.

SPM saya dulu dapat 1A sahaja, itu pun subjek Engineering Drawing.

Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu saya dapat B.

Subjek yang lain result hancur.

Selapas itu, cita-cita dari kecil nak jadi arkitek pun terpaksa dilupakan kerana keluarga tak mampu.

Masa umur saya 18 tahun, saya pernah salahkan nasib, ‘Kenapa lah keluarga aku tak macam keluarga yang lain’.

Bila dikenang kembali, saya amat bersyukur atas segala yang pernah saya lalui.

Kalau bukan kerana setiap cabaran dan dugaan itu, mungkin saya tidak akan berada di sini hari ini.

Perancangan yang lebih baik

Dalam pada itu, Ben menyifatkan dirinya kini tetap menjadi seorang arkitek namun dalam konteks berbeza iaitu dalam dunia perniagaan.

Yang paling bermakna, akhirnya saya tetap menjadi seorang ‘arkitek’, cuma bukan dalam bidang pembinaan rumah atau bangunan.

Sebaliknya, saya menjadi arkitek dalam perniagaan sendiri, merancang strategi pemasaran, membina floor plan dan mengubah idea menjadi realiti.

Saya mungkin tidak lagi melukis di atas kertas, tetapi saya sentiasa melakar dalam fikiran.

Sehubungan itu, dia berpendapat bahawa tidak semua perancangan akan berjalan seperti yang diharapkan, namun setiap kegagalan berpotensi membuka peluang kepada sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan.

Kadang-kadang perancangan itu mungkin tidak seperti apa yang kita harapkan.

Tapi mungkin ada benda yang lebih baik menanti kita di masa hadapan.  

Sumber: Threads