
Jurulatih kecergasan, Tareq Fit meluahkan rasa kecewa apabila penyampai radio, Azad Jasmin menggelar ibunya dengan panggilan pelayan pusat hiburan atau GRO.
Artikel Berkaitan: Tareq Fit Dakwa Artis Hanya Mahu ‘Engagement’, Kamal Adli Ajak Bersemuka – ‘Famous Sangat Ke Sampai Kami Nak Tumpang Kau?’
Artikel Berkaitan: Tareq Fit Dakwa Anak Kurang Didikan Agama Sebab Isteri Bekerja, Nadzmi Adhwa Bidas – ‘Kena Bahagi Masa, Takdir Kita Tak Sama’
Libatkan mak
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Tareq memuat naik beberapa tangkap layar yang memaparkan perbualan mereka,
Difahamkan, Tareq menegur Azad tentang kandungan hiburan yang dianggap tidak sesuai.
Bagaimanapun, Azad membalas kenyataan Tareq dengan mengaitkan ibunya menggunakan panggilan yang tidak wajar.
Ni ke akhlak seorang artis yang kalian sokong? Kurang ajar betul. Aku tegur pasal jangan tayang aurat orang rumah, jangan goyang-goyang.
Kau dah tua, jangan rosakkan akhlak ummah. Tiba-tiba libatkan mak aku dengan benda yang tidak elok langsung.
Percaya bila aku cakap pasal geng-geng hiburan haram ini, mengejek pasal kubur, astaghfirullah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Azad yang disifatkan sebagai berlebihan kerana melibatkan ibu dalam pergaduhan mereka.
Bagaimanapun ada yang berpendapat Tareq juga bersalah kerana pernah bertindak sedemikian terhadap orang awam.
Komen netizen


Sumber: Threads








