Hantaran yang dikongsikan pelakon Syida Melvin di akaun Instagram miliknya telah menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: ‘Allah Pegang Hati Kita Semua, Dia Boleh Bolak-Balikkan Bila-Bila Masa Saja’ – Syida Melvin

Artikel Berkaitan: Peguam Sahkan Syida Melvin Fail Cerai Terhadap Suami – ‘Dia Failkan Disember Tahun Lalu’

Repost Syida

Menerusi perkongsian semula atau repost, Syida atau nama lengkapnya, Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, memuat naik hantaran mengenai nasihat untuk anak perempuan.

Hantaran tersebut menekankan kepentingan kaum wanita dalam mengukuhkan kewangan sendiri sebagai bekalan jika suatu hari nanti mereka berada dalam situasi yang tidak diingini.

Saya akan beritahu anak perempuan saya satu hari nanti.

Carilah duit sendiri. Bukan kerana kamu perlukan lelaki. Bukan kerana kamu mahukan kemewahan.

Tetapi kerana suatu hari nanti, kamu mungkin perlukan kekuatan untuk pergi dari tempat yang tidak lagi menghormati kamu.

Supaya nilai diri kamu tidak pernah bergantung pada orang lain.

Terdahulu, peguam yang mewakili Syida mengesahkan aktres itu telah memfailkan cerai terhadap suami, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember lalu.

Meskipun sebelum ini perbicaraan kes pernah ditangguhkan berikutan ada usaha pendamaian di antara mereka, namun peguam memaklumkan bahawa Syida nekad untuk meneruskan perceraian.

Sekadar rekod, Syida mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang zuriat iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. 

Sumber: Instagram