Pelakon Ako Mustapha tampil mendedahkan dengan mendakwa bahawa anaknya merupakan mangsa buli di sekolah.

Artikel Berkaitan: Ako Mustapha Kembali Sihat Selepas Kawal Gula, Kini Ceburi Bidang Perniagaan – ‘Saya Jadikan Rosyam Nor Sebagai Mentor’

Artikel berkaitan: Ako Mustapha Kena Suntik Insulin, Syukur Semakin Pulih & Dapat Pulang Ke Rumah

Anak Ako Mustapha dibuli

View on Threads

Ako atau nama lengkapnya Muhaizad Ahmad Mustapha, memaklumkan mengenai perkara tersebut menerusi platform Threads.

Menurut dakwaan Ako, anaknya Mikael Iskandar, 10, mengadu dibuli sehingga terdapat kesan kecederaan pada bahagian perut.

Hari ini saya sangat marah, anak saya Mika kena buli di sekolah oleh lima orang pelajar. Dua pelajar senior dan tiga rakan sekelas.

Balik dari sekolah dia mandi, kemudian dia beritahu kena buli dekat sekolah.

Ketika mengeringkan badan, saya perasan di perutnya ada kesan tapak kasut dan kesan tumbukan. Terus saya soal siasat Mika.

Ako kemudian bertindak membawa anaknya ke sebuah klinik sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sekarang di klinik kerajaan, selepas ini nak buat laporan polis.

Selepas doktor di klinik periksa, dia bagi surat untuk ke Hospital Kuala Lumpur. Mika mengadu sakit perut dan dada.

Kesal dengan perkara tersebut pelakon filem Cinta Luar Biasa ini merakam gambar dan video lalu memberitahu guru akan insiden berkenaan.

Saya ambil gambar dan video dan hantar ke guru kelasnya.

Guru pun sudah diberitahu dan akan siasat untuk ambil tindakan seterusnya. Alhamdulillah guru kelas anak saya memberikan kerjasama.

Sementara itu, dalam perkongsian terakhir, Ako memaklumkan bahawa Mikael kini dimasukkan di hospital berkenaan dan memohon doa orang ramai agar anaknya berada di dalam keadaan yang baik.

Sumber: Threads