
Pelakon, Ozlynn Wati tampil berkongsi nasihat daripada ibunya yang paling terkesan dalam hidupnya hingga kini, agar sentiasa berbuat baik tanpa mengira siapa pun yang datang ke rumah.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Dulu Saya Menangis, Sekarang Block Supaya Tak Ada Vibe Negatif’ – Ozlynn
Artikel Berkaitan: Ozlynn Kongsi Rakan Anak Peluk Islam Atas Keputusan Sendiri, Nasihat Jaga Batas – ‘Dia Seorang Gadis Yang Baik’
Nasihat seorang ibu

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna mengajukan soalan mengenai nasihat ibu yang paling memberi kesan dalam kehidupan seseorang sehingga ke hari ini.
Apa nasihat mak awak semua yang paling terkesan dalam hidup sampai sekarang?
Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 45, yang berkongsi nasihat ibunya agar sentiasa berbuat baik tanpa mengira siapa pun yang datang ke rumah, meskipun individu tersebut pernah menjadi musuh atau menganiayainya.
Walaupun yang datang ke rumah itu adalah musuh awak atau orang yang pernah menganiayai awak, wajib hidangkan segelas air.
Itu nasihat ibu yang saya pakai hingga ke hari ini.
Katanya lagi, menghidangkan walau hanya segelas air tetap menjadi kewajipan sebagai tuan rumah, kerana rezeki tidak seharusnya dikaitkan dengan sifat seseorang.
Sebab rezeki itu tidak boleh nak dikaitkan dengan sifat seseorang.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Syed Saddiq Teruja Nak Kahwin, Akui Bahagia Temui Bella Astillah – ‘Kenapa Malu? Saya Bersyukur’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/syed-saddiq-8.jpg)

