Pelakon, Ozlynn Wati berkongsi bahawa dia sekadar mampu menyediakan lauk basah untuk dihantar ke rumah anak-anak yatim serta golongan asnaf.

Artikel Berkaitan: ‘Pakai Tudung Bukan Untuk Sesiapa Tapi Kerana Allah’ – Ozlynn

Artikel Berkaitan: ‘Allah Tak Bagi Lagi Sebab Ada Yang Lebih Istimewa Untuk Awak, Sangka Baik Dengan Allah’ – Ozlynn

Tanda prihatin

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu mengajukan soalan kepada orang ramai mengenai barangan paling mahal yang mampu dibeli secara tunai.

Tanpa reveal berapa banyak duit awak ada, apa barang paling mahal yang awak boleh beli cash sekarang? 

Bagaimanapun, hantaran tersebut turut menarik perhatian Ozlynn atau nama penuhnya Rozlinawaty Ismail, 45, yang menyatakan bahawa sekiranya memiliki kemampuan kewangan yang lebih, dia berhasrat untuk membawa mereka tinggal bersama.

Tambah Ozlynn lagi, dia berkeinginan menyediakan pendidikan yang menggabungkan pengajian al-Quran dan sunnah secara menyeluruh.

Beli lauk basah dan hantar ke rumah anak-anak yatim dan asnaf.

Itu je yang saya mampu.

Kalau kaya, saya dah ambil mereka duduk bersama, main masak-masak dengan saya.

Saya nak buat sekolah dan mereka belajar al-Quran dan sunnah bersama-sama.

Sumber: Threads