Di media sosial, tular video pergaduhan yang dipercayai berlaku di McDonald’s Rawang, Selangor.
Diserang pelanggan
Bergaduh dekat drive thru mcd rawang pic.twitter.com/2sfDSXk83N
— Akeem (@AkeemSharyzal) September 30, 2020
Menurut saksi, seorang pelanggan dikatakan bertindak menumbuk pekerja McD di tingkap pembayaran Pandu-Lalu kerana tidak berpuas hati dengan sistem bayaran Pay Wave. Kekecohan berlaku dan orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Video yang berdurasi selama 14 saat itu telah mendapat 6.8k likes dan 6.2k retweet dan mendapat perhatian daripada netizen.
Disahkan oleh McD
Foto: McDonalds Malaysia
Menerusi Twitter McDonalds Malaysia, syarikat makanan itu mengesahkan salah seorang pekerjanya telah diserang oleh pelanggan menerusi tingkap Pandu-Lalu. Pihak McDonalds memandang serius insiden tersebut dan laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.
Pihak McD juga akan mendapatkan nasihat undang-undang bagi memberi keadilan kepada pekerjanya.
Punca kejadian?
Menurut seorang pengguna Facebook, lelaki itu dikatakan sudah membuat pembayaran melalui kaedah paywave namun setelah transaksi berjaya, dia ingin menukar kepada kaedah pin sebelum bertindak menumbuk pekerja yang bertugas di tingkap Pandu Lalu.
Walaupun duit telah dipulangkan semula, lelaki itu dikatakan tetap bersikap agresif untuk masuk ke tingkap Pandu Lalu McD menyerang pekerja tersebut. Namun, tindakan lelaki tersebut berjaya dihalang oleh orang ramai.
Sumber: Akeem Shahryzal & McDonalds Malaysia