Penyanyi Syasya Rizal menafikan dakwaan mengenai hantaran yang dimuat naik di media sosialnya sebagai perlian buat kumpulan, Dolla.

Artikel Berkaitan: ‘Kita Boleh Siapkan Outfit Lebih Awal, Tapi Hati Tu Sempat Tak Kita Siapkan?’ – Syasya Rizal

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dulu Malu Duduk Rumah Flat, Tapi Sederhana Itu Paling Indah’ – Syasya Rizal

Kahwin muda

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Norsyasya Afiqah Shahrizal dilihat berkongsi pengalamannya mendirikan rumah tangga di usia 23 tahun.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut dilihat disalah tafsir oleh seorang individu yang kemudian menitipkan pesanan agar tidak mempersendakan mana-mana pihak yang memilih haluan hidup masing-masing.

Bagus lah kalau kahwin muda betul-betul seronok dan jadikan awak versi yang lebih baik.

Harap tak perli kawan-kawan Dolla lagi ya.

Mereka pun seronok saja tak kahwin awal.

Tidak berdiam diri, Syasya menegaskan hantarannya tiada kaitan dengan mana-mana pihak malah hanya menghargai jalan hidupnya bersama keluarga kecil.

Tambah Syasya, dia hanya menikmati fasa menjadi seorang ibu dan isteri kepada dua orang cahaya mata tanpa membandingkan dengan mana-mana individu.

Saya hargai keprihatinan itu. Tak semua yang saya kongsi perlu berkait dengan orang lain.

Ini cuma video ulang tahun perkahwinan, saya harga keluarga kecil saya.

Saya sedang menikmati fasa hidup sekarang tanpa bandingkan dengan sesiapa.

Semakin dewasa bukan bermaksud saya buang masa lalu. Harap jelas.

Sumber: Threads @syasya.rzl