
Anak kepada pelakon lagenda, Allahyarham Jalil Hamid iaitu Harith Jalil, meluahkan rasa sebak atas pemergian ayahandanya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Masak Pindang Otak Lembu Untuk Arwah Jalil Hamid, Itu Antara Kegemarannya’ – Tarmimi Siregar
Artikel Berkaitan: Emelda Rosmila Kongsi Kenangan Bersama Arwah Jalil Hamid – ‘Berulang Kali Dia Minta Maaf Sebab Lupa Dialog’
Jalil Hamid tempat bergantung harap

Menerusi satu hantaran di Threads, Harith menyifatkan Allahyarham sebagai tempat bergantung harap dalam setiap jatuh bangun kehidupan mereka sekeluarga.
Saya hilang seorang ayah.
Bagi rakyat Malaysia dia adalah seniman lagenda, ya Allahyarham memang seorang seniman yang hebat.
Namun bagi saya, dia adalah tempat kami adik beradik bergantung harap ketika kami runtuh.
Dia adalah penyokong senyap dalam apa jua usaha kami untuk mengharungi kehidupan.
Satu figura yang saya pandang tinggi, mengajar saya menjadi seorang lelaki dan pemimpin.
Sentiasa ada ketika kami perlukan penyokong.
Ketika saya jatuh, dia yang mengangkat supaya bangkit melawan harungi badai.
Tinggal kenangan

Dalam hantaran berikutnya, Harith berkata pemergian Allahyarham meninggalkan ruang kosong yang tidak lagi dapat digantikan, apabila segala nasihat dan tunjuk ajar kini hanya tinggal sebagai memori.
Namun kini hanya tinggal kata-kata nasihat dan kenangan.
Tiada lagi buah fikiran dan guru yang boleh saya dambakan, terputus sudah nikmat itu.
Ayah berehatlah di dunia abadi, harith tetap kirimkan doa dan amal.
Semoga Allah mengampuni dosa ayah dan tempatkan ayah bersama orang-orang yang beriman, Amin.
Terima kasih ayahandaku.
Terdahulu, Allahyarham Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, pada Isnin.
Jenazah Allahyarham dimandikan dan disolatkan di Masjid Munawwarah, Shah Alam sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di kediamannya sekitar pukul 12.30 tengah hari.
Sumber: Threads








