
Anak perempuan kepada pelakon veteran, Allahyarham Jalil Hamid iaitu Afiqah berkongsi satu coretan mengimbau kembali kenangan bersama arwah bapanya ketika terlibat dalam proses rakaman semula lagu ikonik raya, Dendang Hari Raya.
Artikel Berkaitan: Anak Allahyarham Jalil Hamid Luah Rasa Sebak – ‘Dia Figura Yang Mengajar Saya Menjadi Seorang Pemimpin’
Artikel Berkaitan: Anak Dedah Jalil Hamid Kecewa , Hasrat Tunaikan Haji Terbantut – ‘Dah Pergi Kursus Tapi Tak Dapat Teruskan’
Anak Jalil Hamid terkenang momen arwah bapa

Menerusi hantaran di Instagram Story, Afiqah menceritakan bagaimana bapanya itu sanggup turun padang membantu dalam urusan teknikal untuk membantu penggambaran video muzik (MV) lagu tersebut.
Masa rakaman semula lagu Dendang Hari Raya, kebetulan tiada kawan saya yang available untuk record mv.
Kita lah talent kita lah cameraman kan ayah, ayah tolong adjust camera untuk angle, ayah cakap kenapa tak beritahu ayah, ayah boleh minta tolong kawan dia tapi saya cuma nak menjayakan tanpa susah kan siapa siapa.
Walaupun perjalanan projek tersebut tidak mudah dan pernah membuatkan dirinya hampir berputus asa, Afiqah mengakui bahawa semangat dan dorongan daripada arwah bapanya menjadi kekuatan utama untuk dia terus bertahan.
Hampir saya putus asa tapi semangat ayah memang ada pada saya.
Putus asa tu bukan saya tapi Ika sedar sekarang ayah adalah semangat Ika yang buat ika terus kuat, sebb hari ini Ika masih rasa lemah dan patah sebab ayah dah tiada.
Meskipun bapa tercinta kini sudah tiada di sisi mereka sekeluarga, namun Afiqah tekad untuk menjadikan setiap nasihat dan semangat arwah sebagai azimat untuk terus kuat menempuhi hari-hari mendatang.
Sumber: Instagram Afiqah Jalil








