Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida tampil menyuarakan pendapatnya berhubung hasrat suaminya untuk melibatkan diri dalam dunia politik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semoga Asyraf Wajdi Dusuki Boleh Bimbing Saya, Mungkin Angan-Angan Jadi Realiti’ – Aliff Syukri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Betul Anak Saya Sakit Macam Itu, Saya Sanggup Dermakan Tulang Sumsum’ – Shahida

Cukup mengundi sahaja

Menerusi potongan klip video siaran langsung di TikTok, Shahida menegaskan bahawa dia lebih selesa jika suaminya terus memberi fokus kepada perniagaan tanpa melibatkan diri dalam arena politik.

Saya tak setuju Aliff Syukri masuk politik.

Sebab kadang-kadang saya rasa tak perlulah masuk mana-mana politik.

Kita fokus pada perniagaan kita sahaja cukup.

Saya rasa apa yang terjadi ini cukuplah, saya tidak mahu menambah masalah saya.

Saya tidak mahu dia melibatkan diri dengan mana-mana politik.

Cukup sekarang kita pergi mengundi sudah.

Tapi untuk lebih lagi, tidak.

Tidak mahu dikaitkan perniagaan dengan politik

Dalam pada itu, Shahida berpandangan bahawa sebagai usahawan, fokus utama seharusnya tertumpu kepada perniagaan selain bimbang penglibatan dalam politik boleh mengundang risiko serta salah faham dalam kalangan masyarakat.

Saya tak nak nanti ada kes sampai ke dalam.

Bila ada perniagaan sendiri, kita perlu fokus pada perniagaan.

Sebab kita ini ibarat perniagaan itu memerlukan diri kita.

Nanti kalau dah masuk dunia politik, takut tersilap langkah.

Bagi saya, cukuplah tengok orang-orang sekeliling dengan berita sebegini.

Dalam masa sama, dia tidak mahu orang ramai mengaitkan kejayaan perniagaan mereka dengan sebarang pengaruh politik.

Saya tak nak nanti orang kaitkan perniagaan kita dengan politik.

Sedangkan kita memang dah lama ada perniagaan sendiri.

Sumber: TikTok