![[VIDEO] ‘Yang Nak Dakap Tu Suami Saya, Dia Tak Complain..’ – Faezah Elai Bengang Badan Kurus Dipertikai](https://asset.ohbulan.com/2026/05/faezah-elai-3.jpg)
Pelakon Faezah Elai meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir individu yang didakwa kurang senang melihat fizikalnya.
Artikel Berkaitan: Faezah Elai Kekalkan Berat Badan 43 Kg Di Usia 43 Tahun, Amalkan IF Sejak Anak Dara
Artikel Berkaitan: ‘Dia Ingat Seronok Sangat Ke Jadi Pelakon?’ – Faezah Elai Tak Kenal Pendatang Baharu
Luahan Faezah
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Noor Faezah Md Elai 43, itu kesal apabila imejnya yang ramping dan kurus dipersoalkan oleh mereka.
Menurut Faezah, dia tidak memahami mengapa masih ada segelintir individu yang gemar mempertikaikan bentuk tubuh badannya, sedangkan suaminya sendiri tidak mempunyai masalah dengan perkara tersebut.
Yang nak dakap saya, suami saya. Dia tak mengadu pun, awak semua sibuk kenapa?
Berat 43 kg itu saya, yang nak peluk tu suami saya bukan suami awak semua.
Yang awak bising cakap suami saya peluk rasa ‘papan’ tu kenapa? Jangan sibuk dengan badan saya.
Tambah pelakon filem Cun itu lagi, sebelum ini dia sekadar berkongsi tentang pengalaman menjaga berat badan tanpa pernah memaksa orang lain untuk mengikuti caranya.
Saya tak pernah bagi tips untuk kurus, cuma beritahu macam mana saya kurus.
Awak semua tak payahlah kurus, makan saja. Biar saya saja yang kurus.
Sakit hati pula.
Sumber: Threads








