Penyanyi Zarul Umbrella memberikan respon berhubung isu segelintir kru kabin yang mendakwa artis bersikap sombong semasa menaiki penerbangan mereka.

Artikel Berkaitan: Zarul Umbrella Tiada Masalah Dengan CK Faizal, Hormat Keputusan Undur Diri Dari Podcast – ‘Dia Yang Banyak Bantu..’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kapten Suruh Check Siapa Main Telefon..Sistem Shut Down Sekejap’ – Zarul Umbrella Kongsi Fungsi ‘Airplane Mode’

Pendapat Zarul

Ketika ditemui OhBulan!, Zairulkefli Husin, 53, meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan kru kabin yang mendedahkan identiti artis berkenaan di media sosial, sehingga menyebabkan individu tersebut menerima pelbagai tomahan daripada netizen.

Saya tak setuju mana-mana kru kabin melabelkan artis sebab mereka tetap pelanggan penerbangan tersebut.

Sepatutnya perlu melayani mereka sama rata seperti orang lain.

Kalau mereka tak senyum atau sebagainya, kena terima dan tidak perlulah mengungkit di media sosial.

Zarul yang juga bekas pramugara berkata, dia amat memahami situasi itu berikutan artis tersebut berkemungkinan berada dalam keadaan tidak bersedia atau tidak mahu diganggu.

Itu adalah hak masing-masing.

Dulu saya pun pramugara dan artis juga, jadi saya faham lenggok bahasa tubuh mereka yang tidak mahu diganggu.

Zarul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Seribu Rahmat Umbrella yang berlangsung di Hotel Ideas baru-baru ini.

Menurut Zarul, sebagai kru kabin mereka sepatutnya melindungi identiti penumpang dan menjaga hak peribadi pelanggan.

Kalau nak diikutkan memang salah, itu hak peribadi penumpang. Mereka boleh mempersoalkan mengapa nama mereka didedahkan.

Malah, nak ambil gambar pun tak boleh dan mestilah minta kebenaran terlebih dahulu.

Banyak perkara boleh terjadi terutama yang melibatkan keselamatan dia sebagai penumpang .

Tambah pelantun lagu Ramalanku Benar Belaka ini, tindakan kru kabin itu adalah salah dari segi etika penerbangan kerana mendedahkan nama pelanggan kepada umum.

Kalau ikut etika, kru kabin juga tidak boleh menamakan artis tersebut.

Ketika itu, artis berkenaan adalah pelanggan jadi kita tidak boleh sesuka hati menyebut namanya (di media sosial).

Tak boleh awak tiba-tiba nak ambil gambar dia yang tengah makan atau tak bersedia untuk bergambar.