
Isteri kepada pelakon, Hanis Kamal Bakar iaitu Dian meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir selebriti yang didakwa sombong terhadap masyarakat serta rakan artis.
Artikel Berkaitan: Ceddy Ang Kongsi Pandangan Isu Artis Sombong – ‘Artis, Peminat Kena Ada Empati, Saling Memahami’
Artis sombong
View on Threads
Kata Dian, walaupun suaminya merupakan artis namun dia tidak gemar untuk bergambar dengan mana-mana artis yang mempunyai sikap sedemikian.
Bercerita mengenai pengalaman sendiri, Dian mendakwa sikap pilih kasih itu kemungkinan didorong oleh perbezaan tahap kekayaan dan gaya hidup.
Saya isteri kepada pelakon tapi tak suka bergambar dengan artis yang sombong.
Artis dengan sesama artis pun kerek. Mungkin sebab suami saya tiada Harley Davidson.
Dakwa Dian lagi, terdapat artis yang seolah-olah memandang rendah kepada rakan seperjuangan hanya kerana tidak memiliki aset mewah.
Bukan artis sombong dengan masyarakat sahaja, mereka pun sombong dengan artis juga sebab level kekayaan tak sama.
Ini adalah cerita sebenar.
Perkongsian itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan ramai.
Sumber: Threads






