Pelakon Nazeera Sardi baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas membuat kejutan bertemu aktres, Azar Azmi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick & Azar Azmi Akhirnya Bertemu, Berpelukan & Tak Mampu Tahan Sebak – ‘Janji Jangan Hilang Lagi’

Artikel Berkaitan: Ozlynn Sebak Bila Tahu Keadaan Azar Azmi – ‘Yang Ada Anak Saja Akan Faham, Ibu Tak Makan Tak Mengapa…’

Nazeera Sardi jumpa Azar Azmi

@nazeerasardi10

First time kita shoot sama Cinta Fatamorgana Shoot sama lagi Janda kosmopolitan Aku shooting tapi still singgah masa hari penting kau Last kita event dekat Sabah lepak bilik kau sampai pagi Last kita bantai nyanyi atas stage sama2 masa event Last kita plan nak gi holiday kejap Sebelum kau hilang… Ya, Aku jumpa kau lambat lepas kau selesai n jumpa yang lebih penting. Doa dari jauh sobab eh aku tau waghih sentiaso steady.💪🏻 Jalan terus Za

♬ original sound – Nazeerasardi – Nazeerasardi

Menerusi video yang dikongsikan memaparkan pemilik nama Siti Nazirah Sardi hadir ke sebuah restoran secara mengejut untuk bertemu rakan baiknya itu sebelum akhirnya mereka berpelukan.

Nazeera turut mengimbau kembali momen mereka meluangkan masa bersama-sama termasuk ketika penggambaran.

First time kita shoot sama Cinta Fatamorgana Shoot sama lagi Janda Kosmopolitan.

Ujar Nazeera lagi, mereka berdua juga pernah merancang untuk bercuti bersama-sama namun tidak kesampaian apabila Azar dikatakan tiba-tiba ‘hilang’ dari industri hiburan.

Aku shooting tapi still singgah masa hari penting kau. Last kita event dekat Sabah, lepak bilik kau sampai pagi

Last kita bantai nyanyi atas stage sama-sama masa event. Last kita plan nak pergi holiday kejap, sebelum kau hilang…

Dalam kapsyen yang dikongsikan, Nazeera meluahkan rasa syukur atas pertemuan itu dan berharap Azar terus kuat meneruskan kehidupan.

Ya, aku jumpa kau lambat lepas kau selesai dan jumpa yang lebih penting.

Doa dari jauh, sebab aku tahu waghih sentiasa steady. Jalan terus Za.

Sumber: TikTok Nazeera Sardi