
Demi menjayakan pementasan naskah ikonik Puteri Gunung Ledang The Musical, penyanyi Aisha Retno mendedahkan seluruh barisan pelakon kini sedang melalui sesi latihan dan bengkel.
Artikel Berkaitan: Netizen Tak Sabar Lihat Mila Mohsin Bawa Legasi Tiara Jacquelina Sebagai Puteri Gunung Ledang – ‘Selayaknya! Sebak Tengok Poster Ini..’
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Dipilih Sebagai Puteri Gunung Ledang – ‘Akan Aku Galas Tanggungjawab Gusti Puteri Ini’
Penjelasan Aisha
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, AIsha memuat naik video memaparkan dirinya bersama pelakon-pelakon lain sedang melakukan sesi latihan pementasan tersebut yang bakal berlangsung Oktober hadapan.
Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, menjelaskan bahawa semua pelakon memberikan komitmen penuh dan menerima layanan sama rata tanpa ada sebarang keistimewaan terhadap mana-mana individu.
Ketahuilah bahawa kami sedang berusaha keras demi memastikan pementasan baharu PGL The Musical berjaya dipentaskan Oktober ini.
Kami tidak pernah berada di dalam zon selesa, tiada kabel, tidak ‘kerana dia terkenal’, semua orang dilayan dengan cara yang sama ketika di bengkel (teater).
Justeru, pelantun lagu Sutera ini berharap orang ramai terus memberikan sokongan kepada semua yang terlibat dalam pementasan tersebut.
Saya harus katakan, teater muzikal ini ibarat seperti kem ketahanan seumur hidup.
Jadi, tolonglah percaya kepada kami berdua sebagai Gusti Puteri, juga barisan pelakon yang lain.
Kami komited demi teater muzikal di persada seni Malaysia!
Terdahulu, Aisha dan aktres Mila Mohsin telah diumumkan sebagai watak Puteri Gunung Ledang, manakala Aqasha pula menggalas tanggungjawab sebagai Hang Tuah.
Selain itu, Mimi Fly dan Nadiah Aqilah melakonkan karakter Bayan. Luqman Hafidz pula diperkenalkan sebagai Sultan Melaka dan Yusuf Hashim memegang watak Gusti Adipati.
Sumber: Threads








