![[VIDEO] Doktor Kongsi Rutin Kawal Paras Gula Dalam Badan Untuk Pesakit Kencing Manis](https://asset.ohbulan.com/2026/05/dr.jpg)
Seorang individu dikenali Dr Wea berkongsi salah satu rutin yang disarankan untuk membantu mengawal paras gula khususnya bagi individu yang menghidap penyakit kencing manis.
Artikel Berkaitan: Ini 5 Petua Perubatan Bagi Pesakit Diabetes Yang Korang Perlu Tahu!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Hilang Kedua Belah Kaki, Padah Terpedaya ‘Feedback’ Ubat ‘Online’ – ‘Saya Beli Sebab Katanya Bagus’
Rutin
Menerusi perkongsian di TikTok, Dr Wea berkata selepas melakukan rutin tersebut, sedikit sebanyak akan membantu mengawal paras gula dalam badan.
Katanya, tip ini juga boleh digunakan oleh individu yang mahu mengelakkan terkena penyakit tersebut.
Tip paling utama, minum air kosong selepas makan nasi. Jangan minum air manis selepas makan nasi.
Mengulas lebih lanjut, Dr Wea berkata sekiranya mengambil minuman manis selepas makan nasi maka paras gula kemungkinan akan melonjak.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian orang ramai yang rata-ratanya turut berkongsi rutin yang dibuat oleh mereka untuk mengawal paras gula dalam badan.
Sumber: TikTok








