![[VIDEO] Individu Hilang Kedua Belah Kaki, Padah Terpedaya ‘Feedback’ Ubat ‘Online’ – ‘Saya Beli Sebab Katanya Bagus’](https://asset.ohbulan.com/2026/01/kaki-potong.jpg)
Seorang individu akui menyesal mengambil ubat online atau secara dalam talian tanpa pemeriksaan pakar, sehingga terpaksa kehilangan kedua kakinya.
Artikel Berkaitan: Ibu Jari Kaki Kiri Sathiya Dipotong Akibat Jangkitan Kuman – ‘Kalau Tak, Boleh Merebak Ke Seluruh Badan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tidak Amal Pemakanan Sihat, Kaki Abang Azlan Terpaksa Dipotong – ‘Pagi Petang Siang Malam Minum Teh Ais’
Ambil ubat ‘online’

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Shafie memaklumkan dirinya menghidap penyakit kencing manis sejak tahun 2020.
Menurut Shafie, dia mula mencuba makan ubat secara dalam talian ekoran membaca maklum balas yang baik daripada pengguna.
Sekarang saya umur 49 tahun. Mula potong kaki 6 tahun lepas.
Punca dia adalah kencing manis. Saya ada penyakit ini daripada tahun 2020.
Punca dua-dua kaki dipotong sebab saya makan ubat campur yang dibeli secara online.
Saya beli sebab katanya bagus. Saya makan tanpa pemeriksaan di klinik.
Mula-mula makan rasa okay saja. Masuk botol kedua, kaki jadi bengkak dan keluar air.
Ingatkan gout. Saya makan ubat gout, campur dengan ubat lain.
Pergi hospital, doktor kata gula naik tinggi. Jadi, kena potong.
Sakit dan bisa. Saya tak tahan, bila lepas potong baru selesa.
Dalam pada itu, isteri kepada individu tersebut banyak membantu daripada segi kebersihan sehingga dirinya mampu untuk menguruskan diri sendiri.
Isteri saya banyak tolong. Lama-lama saya boleh berdikari.
Rasa macam janggal tapi sekarang sudah okay.
Sumber: TikTok @kedidi_kakipalsu







